Diterbitkan: May 12, 2024 9:33 PM
Dikemaskini: May 13, 2024 8:38 AM
Warga maya tertanya dan cuba meneka mesej yang cuba disampaikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dua keping gambarnya memeluk Allahyarham ibu dan isteri tercinta.
Seperti lazimnya, bersempena sambutan Hari Ibu, semalam, Anwar tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu khususnya kepada Allahyarham ibunya, Che Yan Hamid Hussein, dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus diberikan oleh seorang ibu demi kasih sayang kepada anak-anak.
“Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu,” katanya.
Ada warga maya yang mengaitkan dua keping gambar berkenaan dengan perjuangan Anwar selepas dia dipecat dari Umno dan sebelum dihukum penjara.
“Doa seorang ibu yg melihat anaknya dianiya, dihina, di pijak, di henyak, dicaci pasti di terima Allah dan akan diselesaikan, “ kata Jalaldin Saedon.
Cik Izzaty pula menulis “Saat paling sedih dan PMX menitis kan airmata..ketika pergi nya bonda tercinta mengadap ilahi..di saat PMX di penjarakan..selamat hari ibu kepada datin seri wan Azizah wan ismail..”
“Sedih saya bila kenangkan setiap perjuangan dan ketabahan DSAI and Kak Wan.
“Semoga DSAI and Kak Wan sekeluarga senantiasa dalam Rahmat Allah.” kata Yaya Mie
Ramai juga yang mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Ibu kepada Wan Azizah.
Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.
Post time 13-5-2024 10:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 13-5-2024 10:48 AM
Contoh yang baik
Ada orang hidup susah miskin B40, maki² ibu, tetak ibu, pukul ibu, samun ibu,.
Penting ya pendidikan untuk anak anak..Anwar adalah contoh insan berjaya...isteri nya tidak menghasut merampok harta negara dan rakyat bukan seperti PM yang sebelum ini.
Post time 13-5-2024 10:44 AMFrom the mobile phone|Show all posts
B40tastePosh replied at 13-5-2024 10:40 AM
Contoh yang baik
Ada orang hidup susah miskin B40, maki² ibu, tetak ibu, pukul ibu, samun ibu,.
Tengok jelah dressing Wan Azizah..
Anak buah aku ada phd pernah bergambar sebaris Azizah dengan warga wanita cendikiawan lain..pakaian Dorang lebih kurang sama..simple tudung bawal handbag bukan kelas2 mahal punya tengok. Anak buah aku mmg seorang tidak berfesyenista sangat..tapi cerdik..tak sangka kalangan mereka semua camtu juga..
Bukan haram cuma, TIDAK WAJIB. Tak wajib tunggu Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dan Hari Wanita serta seumpamanya yang meraikan seseorang sehari dalam setahun.
Kamu ni x habis2 dengan kes L**** dia. nampak mcm pendendam.. Apa saja tentang dia, mesti kamu selit benda ini. Sudah2 la..org pun dh jadi PM. Kalau ada bukti tunjuk la. Kalau tak der, jgn fitnah. Takut ooo