CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1546|Reply: 5

[Tempatan] Bas Thailand kini dibenarkan bawa pelancong negara itu ke seluruh Malaysia - MOT

[Copy link]
Post time 13-5-2024 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Bas Thailand kini dibenarkan bawa pelancong negara itu ke seluruh Malaysia - MOT

https://www.bharian.com.my/berit ... gara-itu-ke-seluruh

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Mei 13, 2024 @ 10:35am
[email protected]


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke beramah mesra dengan orang ramai yang menggunakan lapangan terbang ketika meninjau Terminal baharu susulan projek pembesaran dan naik taraf fasa satu sudah siap di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini. - NSTP/Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan, bas dari Thailand kini dibenarkan memasuki semua negeri di Malaysia dengan membuat permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Menterinya, Anthony Loke, menjelaskan kebenaran kemasukan itu tidak terhad kepada negeri berhampiran sempadan sahaja.

"Perkara ini sudah diputuskan menerusi mesyuarat baru-baru ini dan mana-mana bas dari Thailand dibenarkan masuk. Mereka hanya perlu membuat permohonan kepada APAD sebelum permit sementara dikeluarkan.

"Bagaimanapun, bas dari Thailand terbabit perlu mengemukakan maklumat tertentu termasuk pakej pelancongan yang diambil, bilangan penumpang serta lokasi penginapan.

"Yang kita sekat adalah van dari Thailand kerana dibimbangi mereka masuk ke Malaysia dan akan mengambil penumpang menyebabkan industri pelancongan kita terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan fasa satu projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin.

Media sebelum ini melaporkan, Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan bagi membincangkan isu sekatan kemasukan bas dari Thailand ke Kelantan.

Susulan pertemuan yang dibuat Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, Kementerian Pengangkutan memberi lampu hijau apabila membenarkan bas Thailand masuk ke Kelantan bermula bulan lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 11:14 AM | Show all posts
Baguslah semoga semakin ramai memasuki negara malaysis.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by OshinDaSolja at 13-5-2024 03:13 PM

van Thailand yg msuk tu most probably transport dan angkut pekerja Tomyam selain buat servis cop passport dkt border.... bukannya angkut tourist sangat...ni org cerita la iollz pun tak pasti betul ke tak...

btw elok la bagi bas persiaran saja masuk, dan sepatutnya block terus van2 Thailand ni...

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepasni kita kena belajar hormat bas dari Thailand sebab diorg hormat bas pelancong dari Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:26 PM | Show all posts
dengan ini xde isu lagi kekurangan ayam pada masa hadapan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:34 PM | Show all posts
Bas Thailand ni take on board entertainment very seriously. Bas Malaysia semua dilengkapkan dengan TV dari kilang tapi tak pernah nak pasang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.048719 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list