CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1257|Reply: 3

[Dunia] Polis Thailand rampas satu tan dadah

  [Copy link]
Post time 13-5-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Polis Thailand rampas satu tan dadah

https://www.bharian.com.my/dunia ... mpas-satu-tan-dadah

Mei 12, 2024 @ 11:48pm


Pemangku Ketua Polis Negara Thailnd, Kittharath Punpetch (tengah, kiri) dan Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul (tengah, kanan) berdiri bersama pegawai lain di hadapan kotak kristal methamphetamine, semasa sidang media di Bangkok. - Foto AFP

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand memintas satu tan kristal methamphetamine dalam salah satu rampasan terbesar dadah haram itu, kata polis hari ini.

Rampasan itu, dengan anggaran nilai lebih AS$25 juta (RM118 juta) di pasaran antarabangsa, ditemui apabila pegawai menahan sebuah trak pikap di tengah wilayah Nakhon Nayok pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Negara, Kittharath Punpetch, berkata polis, tentera dan pegawai tempatan memantau beberapa kumpulan penyeludup serta mengetahui rancangan untuk memindahkan sejumlah besar dadah, yang biasa dikenali dengan nama jalanan 'ais'.

Kittharath memberitahu sidang akhbar bahawa 40 beg dadah, seberat satu tan kesemuanya, ditemui di dalam trak itu.

Pemandunya ditahan tetapi penyiasat percaya ketua rangkaian penyeludupan itu adalah warga Thailand yang berpangkalan di negara jiran.

Thailand adalah antara laluan transit utama untuk dadah terlarang yang dihasilkan di kawasan yang dipanggil 'Segitiga Emas' di mana utara Thailand, Laos dan Myanmar bersempadan.

Myanmar adalah sumber utama amfetamin, kebanyakannya dihasilkan di makmal haram di kawasan sempadan yang dikawal oleh kumpulan bersenjata etnik minoriti. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 02:04 PM | Show all posts
Tahniah dicuapkan kepada pasukan polis Thailand
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 13-5-2024 02:04 PM
Tahniah dicuapkan kepada pasukan polis Thailand

Cuap cuap
Mmmmmmmm


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 02:51 PM | Show all posts
terbaik..harap lupus betul2..kang takut disonglap si polis nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274513 Replies : 6781
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.406438 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list