CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6199|Reply: 0

[Tempatan] Polis Marin serbu kilang proses minuman keras dalam kampung

[Copy link]
Post time 14-5-2024 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Polis Marin serbu kilang proses minuman keras dalam kampung

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... eras-dalam-kampung/

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
13 Mei 2024, 9:57 pm


ANTARA peralatan dan kotak berisi arak tiruan yang dirampas hasil serbuan ke atas sebuah kilang di Kampung Batu 34, Jalan Johor, Pontian, awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Taktik satu sindiket memproses dan menyimpan minuman keras yang beroperasi di sebuah kilang di Kampung Batu 34, Jalan Johor, Pontian untuk mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kegiatan licik sindiket itu dapat dihidu Unit Risikan Marin (URM) setelah membuat intipan dan risikan sejak seminggu yang lalu.

Menurutnya, dalam serbuan itu seramai empat lelaki warga asing berusia antara 27 hingga 42 tahun yang bekerja di premis terbabit diberkas.

“Hasil pemeriksaan lanjut, PPM berjaya menemui 187 kotak berwarna coklat berisi arak tiruan, lima unit pam berserta hos, lima tong plastik, empat mesin penutup botol serta masing-masing dua bungkus pelekat jenama arak dan duti kastam.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Estima dan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM508,265.06,”katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Kumar berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kesemua suspek mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976.

Manakala, warga asing diberkas itu pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274513 Replies : 6781
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046426 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list