CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6222|Reply: 0

[Tempatan] RM700 juta potensi eksport diraih di Doha, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

[Copy link]
Post time 14-5-2024 08:49 AM | Show all posts |Read mode
RM700 juta potensi eksport diraih di Doha

https://www.bharian.com.my/berit ... port-diraih-di-doha

Oleh Adha Ghazali - Mei 14, 2024 @ 5:39am
adha@bh.com.my


Perdana Menteri menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Meja Bulat dengan pemain industri di Qatar hari ini. Turut hadir Tengku Zafrul dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. - BERNAMA

DOHA: Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama eksekutif dan pemimpin perniagaan Qatar di sini, hari ini membuahkan hasil apabila Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerima potensi eksport berjumlah RM700 juta.

Perkara itu diumumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika berucap pada majlis makan malam rakyat Malaysia di Qatar bersama Perdana Menteri malam ini.

Tengku Zafrul berkata, komitmen eksport itu dinyatakan 36 kapten industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan yang dipengerusikan Perdana Menteri.

"Alhamdulillah, kita terima komitmen berjumlah RM700 juta. Ia sekali gus menunjukkan keyakinan syarikat Qatar terhadap produk dan perkhidmatan kita.

"Selain itu, kita juga lihat potensi Asia Barat yang merupakan satu pasaran besar buat Malaysia yang boleh kita teroka," katanya ketika ditemui selepas majlis makan malam dihadiri lebih 500 rakyat Malaysia itu.

Terdahulu, sejumlah 45 kapten industri Qatar terkemuka dari 36 syarikat hadir pada mesyuarat meja bulat yang mewakili sektor seperti makanan dan pemprosesan makanan, farmaseutikal, bahan binaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan, kewangan, penerbangan, runcit dan pengedaran serta digital ekonomi.

Sewaktu dialog meja bulat, Perdana Menteri mengulangi komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Qatar, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.

Beliau menekankan nilai Malaysia yang menarik di mana infrastrukturnya mantap, faktor kedaulatan undang-undang, keberadaan bakat mahir dan boleh dilatih, pelaksanaan projek berdisiplin serta ekosistem perniagaan yang bertenaga menjadikannya destinasi menarik bagi pelabur yang bercita-cita menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan dan poerkhidmatan strategik untuk pasaran Asia, selain menarik peluang baharu untuk pertumbuhan dan kepelbagaian.


Perdana Menteri bersama rakyat Malaysia yang menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia di Qatar malam ini. - BERNAMA


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan umum di Perpustakaan Kebangsaan Qatar di Universiti Hamad Bin Khalifa. - Foto BERNAMA

Pertemuan meja bulat Perdana Menteri dengan pemimpin industri itu adalah sebahagian daripada usaha agresif Malaysia untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, mesyuarat meja bulat di Doha berfungsi sebagai pemangkin untuk memupuk perkongsian strategik, menggalakkan pelaburan dan peluang perdagangan, selain memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Beliau mengulangi keutamaan MITI dan agensi di bawahnya untuk memudahkan semua komitmen eksport dan pelaburan oleh perniagaan Qatar, terutamanya dalam sektor seperti bahan kimia/petrokimia, ekonomi digital, elektrik dan elektronik (termasuk alat perubatan), pemprosesan makanan, industri halal, farmaseutikal, minyak dan gas dan tenaga boleh diperbaharui.

Turut diketengahkan, kepentingan strategik Malaysia sebagai rakan dagangan utama, memandangkan keahliannya daripada 16 Perjanjian Perdagangan Bebas yang boleh dimanfaatkan perniagaan Qatar yang berpangkalan di Malaysia.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.045906 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list