View: 3699|Reply: 20
|
Saya tidak pernah menyokong Israel. Saya tidak menggunakan atau menjadi perwakilan produk yang menyokong Israel – Aqasha
[Copy link]
|
|
Nama pelakon Aqasha, 41, kembali menjadi bualan hangat apabila dilihat seperti membela malah mempersoalkan tindakan memboikot selebriti yang tidak menunjukkan sokongan kepada Palestin.
Tidak ingin disalah erti, Aqasha memberitahu pandangannya yang dinyatakan itu adalah kerana penggunaan kata-kata kesat penyokong gerakan Blockout 2024 terhadap artis dianggap tidak mencerminkan sahsiah yang murni dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Dia menyelar tindakan individu yang sanggup mencaci dan menggunakan perkataan kasar sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.
Aqasha turut menafikan dakwaan mengatakan dirinya penyokong Israel dan tidak mempedulikan kekejaman Zionis ke atas rakyat Palastine selepas mempersoalkan tindakan menyahikut selebriti serta pempengaruh yang tidak menunjukkan solidariti kepada Palestin hari ini.
Saya tidak pernah menyokong Israel. Saya tidak menggunakan atau menjadi perwakilan produk yang menyokong Israel. Saya mengeluar kenyataan itu kerana berasa terpanggil dengan entri seorang artis yang mempamerkan senarai nama artis yang perlu diboikot.
“Saya bukan bercakap mengenai artis yang menjadi tali barut Israel tetapi kita sedang bercakap mengenai apa kurangnya tolenrasi sesama Islam. Adakah perkara (boikot) ini satu tuntutan nabi kita,” katanya dalam satu video yang dikongsikan di Instagram.
Dalam masa sama, Aqasha turut menasihati orang ramai agar menjaga abad dan menggunakan pendekatan yang lebih rasional sekali gus tidak menjatuhkan maruah sebagai seorang muslim.
Bahkan dia juga berkata, pengguna media sosial sebelum ini tidak memberi perhatian terhadap dirinya saat bercakap tentang kekejaman Israel di platform digital miliknya.
Kalau kita tidak menjaga lidah, tiada gunanya hal lain yang kita buat kerana kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita cakap di Padang Mahsyar nanti.
“Ini sesuatu perkara yang tidak sihat untuk mengeluarkan kata sebegitu kepada orang lain. Adakah nabi kita mengajar agar bersikap kasar dan bengis dengan orang lain?
Jangan jadikan ini sebagai satu budaya kerana jika begini masyarakat kita, maka pemimpin di masa hadapan pun akan bersikap sebegini kerana mereka pun berada dalam kelompak itu,” katanya.
Sebelum ini, Aqasha juga difahamkan meminta agar orang ramai tidak mempersoal keputusan individu lain mempamerkan sokongan atau sebaliknya.
Sumber – HIBGLAM |
|
|
|
|
|
|
|
Ko sbnrnya nk nama ko disebut2 netizen kan
Paham sgt ko tu sendu.
Siap ada bbnu tnya siapa dia ni??
Mesti ko terkilan. Kan takde yg kenal.
tekya dulu bbnu pun tnya benda sama jgk. Skrg ko tgk bbnu semua kenal dia. Tp tulah org kenal dgn nama tekya gila. Skrg naik pangkt sikit tekya skizo
Ko pun nk bbnu kenal ko kn. Mana tau nti ada yg suruh review produk
Dasar retis |
|
|
|
|
|
|
|
dulu muda hensem, patut acirit sampai ngidam anak jepun.. skrg dh tua dh tak yummy so who cares ko sokong sape |
|
|
|
|
|
|
|
Dia camni acik jepon, orang tua tak elok main socmed. Lagi afdhal kalo gi bersenam, memancing, berkebun, etc. So cardigan tu mmg acik punya ke, bini acik ke atau wardrobe drama? |
|
|
|
|
|
|
|
Stfu. |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 19-5-2024 03:51 AM
Dia camni acik jepon, orang tua tak elok main socmed. Lagi afdhal kalo gi bersenam, memancing, berke ...
beli bundle kt tiktok |
|
|
|
|
|
|
|
No need to justify. Padan muka! |
|
|
|
|
|
|
|
Kau siapa???Setakat retis sendu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kepam dah busuk.apa je yg kau buat?mcm biawak hidup jaa |
|
|
|
|
|
|
|
Bacalah ayat dia tu pun. Hada betulnya.
Acik2 porom pon mana mau terus resign if lets say la company kau support Israel. Takde punya. Takde. |
|
|
|
|
|
|
|
Boikot ada zaman rasulullah.isteri nabi terhadap keluarganya sendiri kerana berlaku zalim terhadap nabi.tapi nabi x melarang boikot dan juga menyokong.itu menjawab persoalan ko.ko xyah acah2 addin sgt.menyokong produk memudaratkan atau bersekongkol sesama manusia tu ajaran nabi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lovelytouch replied at 19-5-2024 07:29 PM
Ohhh my crush.. gitchu
Sama la oh my former crush.. nape la nak kena mencapub cara gini |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 19-5-2024 07:57 PM
Bacalah ayat dia tu pun. Hada betulnya.
Acik2 porom pon mana mau terus resign if lets say la compan ...
Yea.. sebenarnya la kan. Slagi tak dapat keje lain, bleh ke kira darurat keje lagi kat tempat mcmtu? Tp lain skit kot, sbb kalo marhaen, takde side job cam retis bleh review produk lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuma tertarik dgn ayat yg ni aje "Saya tidak menggunakan atau menjadi perwakilan produk yang menyokong Israel."
Yakin ke langsung x guna apa2 produk yg menyokong Israel?? Awal2 kempen boikot dulu, sekali nahhhhh berjela2 produk harian yg kita2 ni marhaen ni pakai tiap hari pun disahkan menyokong israel dr produk2 makanan, skincare sampailah ke barangan2 dapur ubat gigi shampoo sabun segala tok nenek barang rupanya produk2 yg sokong israel.. |
|
|
|
|
|
|
|
terlajak perahu boleh under der...terlajak kata/tulisan...rasain luuu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai dia buat simpulan ajaran nabi tanpa rujuk pakar agama |
|
|
|
|
|
|
| |
|