View: 3763|Reply: 1
|
Akhyar turun kali pertama malam esok
[Copy link]
|
|
Pemain TFC, Akhyar Rashid (dua dari kiri) sudah kembali menjalani latihan bersama pasukannya di Kuala Terengganu sejak empat hari lalu. – Foto NSTP/Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid dijangka membuat penampilan sulung berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya, Georgetown malam esok.
Berita gembira buat peminat setia skuad Penyu itu dimaklumkan ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner yang mengakui pemain itu berada dalam perancangannya menentang skuad Harimau Kumbang.
Bagaimanapun jelas pengendali dari Croatia itu, keputusan muktamad sama ada dia disenaraikan atau tidak akan diketahui esok kerana perlu melihat tahap kecergasannya selepas hampir dua minggu berehat.
"Akhyar sudah sembuh daripada kecederaan yang dialaminya. Dia juga sudah menjalani latihan bersama rakan sepasukannya sejak empat hari lalu.
"Pemain itu juga bersama kami bertandang ke Pulau Pinang kerana dia berada dalam perancangan saya untuk diturunkan sesudah terlepas aksi pertama berdepan Perak FC sebelum ini.
"Namun keputusan akhir pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama akan diketahui esok kerana kami juga perlu menilai beberapa aspek lain," ujar jurulatih itu ketika dihubungi.
Terdahulu Akhyar menjadi mangsa samun dan pukul dekat bandar Kuala Terengganu hingga terpaksa menerima enam jahitan selain kerugian hampir RM5,000.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pertama-malam-esok |
|
|
|
|
|
|
| |
|