CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16393|Reply: 18

#Blockout2024 melanda negara, ramai tak senang duduk

[Copy link]
Post time 19-5-2024 12:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkentot at 18-5-2024 06:59 AM

Sejak beberapa hari lalu, gerakan memboikot selebriti yang menyokong atau menjalinkan kerjasama dengan produk-produk yang terkait dengan Israel tular di Hollywood, di mana ramai nama-nama besar di sana mula kehilangan pengikut di platform media sosial.

Kejayaan gerakan Blockout2024 itu ternyata mencetuskan inspirasi buat rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yan sama kepada nama-nama popular di Malaysia yang masih tanpa segan-silu mempromosikan jenama-jenama yang diketahui ramai menyumbang kewangan kepada Zionis yang tidak henti-henti membedil bumi Palestin.

Melihat kepada senarai nama yang kini rancak di kongsi di pelbagai platfrom digital, pasti ramai yang mengeluh dan kecewa kerana senarainya panjang. Antara nama-nama yang tersenarai ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Meerqeen, Nadhir Nasar, Eyka Farhana, Neelofa dan Sheila Rusly.

Dalam banyak-banyak nama ini, hanya Nadhir Nasar yang tampil memberi respon terhadap satu ciapan yang dibuat oleh salah seorang pengguna aplikasi X.

Jelas Nadhir, dia mengambil serius dengan isu sosial dan komited untuk memastikan jenama yang berkolaborasi dengannya berkongsi nilai dan prinsip yang sama dengan diri, malah kerjasama yang terjalin berlaku setahun lalu, di mana ketika dia percaya jenama terbabit boleh membantu dia terbang lebih tinggi.


“Adalah penting untuk menjelaskan bahawa keputusan saya untuk bekerjasama dengan  telah dibuat lebih setahun yang lalu dan ia berdasarkan keadaan ketika itu..

Keputusan saya untuk bekerjasama dengan jenama-jenama terbabit pada masa itu adalah berdasarkan komitmen mereka untuk memupuk kreativiti dan menyokong artis seperti saya.

“Walaupun saya memahami dan menghormati kebimbangan yang telah dikemukakan adalah penting untuk saya meneruskan komitmen kontrak saya. Jika ingin menamatkan kontrak lebih awal, ia boleh membuatkan dia dikenakan penalti kewangan atau disaman oleh pihak terbabit,” tulis Nadhir.

Sementara itu, personaliti, Wardina Safiyyah juga lantang bersuara tentang gerakan ini. Dalam satu hantaran di akaun Instagramnya, dia menyeru agar ramai yang mula membuka mata dan memastikan golongan ternama ini diabaikan kerana tiada rasa simpati dan gagal menggunakan akaun media sosial masing-masing untuk menyebarkan kekejaman Israel.

“Ini berlaku (Blockout2024) untuk artis luar negara dan tempatan. Mereka memerlukan anda untuk ‘menyembah’ mereka. Kami / anda tidak memerlukannya.

“Perkongsian tentang betapa kayanya mereka dan betapa hebatnya kehidupan mereka tidak menarik perhatian kami. Sekurang-kurangnya kongsilah satu (tentang Palestin), tolonglah.

“Saya tidak kisah tentang pakaian anda! Saya tidak kisah tentang kereta anda. Saya tidak kisah tentang penjagaan kulit anda atau rutin penjagaan kulit anda. Saya tidak kisah tentang rumah anda.

“Saya tidak kisah tentang kehidupan peribadi anda. Kita sepatutnya tidak peduli! Ada perkara lain yang lebih penting dalam hidup. Kita berada dalam salah satu masa yang paling sukar dan mencabar dalam sejarah!,” tulis Wardina.

Jadi bagaimana pula dengan pendapat anda? Perlu atau tidak kita memboikot golongan artis yang masih selesa berkerjasama dengan ‘puak-puak’ penyokong Israel?

Kalau ada yang masih tidak faham bagaimana gerakan Blockout2024 ini berfungsi, mungkin anda boleh mendengar penjelasan daripada Reina Lum ini.

  


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2024 07:30 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:35 PM | Show all posts

Eh Neelopah dah tobat nasuhah lah.....












This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:39 PM | Show all posts












This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 03:27 PM | Show all posts

aku dah block semua ig family paki fake nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts


  



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2024 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kemain jahudi berposing
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 19-5-2024 01:39 PM

amboi3x mat... plbgai posing dia pose

dan xmnahan prof pic bg mat pummm:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak pakai niqab ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kategori menganjing ke cmana?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Unclong nak beli gincu jenama apa kat kedai Aceh tew..  nasibla semekin.. semua jenama diatas tak pakai.. tapi tak de follow retis.. takde post felestine..   
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mujurla achik mmgxde beg2 makeup jenama mewah ni semua
yg dibangga2kan seluruh umat retis influzer malah marhein gigih kumpul duit nk beli
kalu posing tyg logo hbag cap apa

achik beli jnama lokal saja
xpun yg xde lgsung jenamah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Hoola replied at 19-5-2024 07:49 PM
mujurla achik mmgxde beg2 makeup jenama mewah ni semua
yg dibangga2kan seluruh umat retis influzer m ...

Guna lipstick silkygirl, blusher in2it je.


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 09:06 AM | Show all posts
Edited by JiEunTak at 20-5-2024 01:11 AM

NETIZAN senang jaa duduk...
sambil duduk bersenang-senang layan IG FB TT...
create awareness dengan cara masing2....


YANG X SENANG duduk lani is retis2....
kiri kanan depan belakang dok promote branded items...
ada stgh2 tu, tu juga punca pendapatan....
yes ---- pendapatan atau org Islam panggil rezeki ----dari Allah...

TAPI...mencari REZEKI YANG HALAL itu satu kewajipan bagi orang Islam...rezeki atau kekayaan juga satu bentuk UJIAN naaa
cuba tepuk dada, tanya iman ---- halal dak rezeki aku dapat dengan cara kerja aku begini...?


wallahualam.
Sorry ter ON mode ustajah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 09:21 AM | Show all posts
Ya Allah....LMK tu perasan nau mcm Cindy Crawford sdg ditatarias....adehhhhh...iols mmg terhibur setiap bang Mat Deghem post gambau
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 12:04 PM | Show all posts
baru ghaser tertipu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 12:53 PM | Show all posts
tgk muabellazz pun br duk post psl ni..rsnya doulu2 xde pun atau iols x perasan... semua duk menggelupur skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai jugak nama dlm list.. tapi aku terkezut tgk nama mira filzah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 12:40 PM | Show all posts
Mari kita putar dulu halimmmm  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.240400 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list