View: 3916|Reply: 0
|
Usah terlalu hormati Thailand
[Copy link]
|
|
AKSI pasukan regu negara ketika bertemu Myanmar semalam. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun akui skuad kendaliannya bakal berhadapan tugas sukar di pentas final bertemu Thailand dalam acara double dan regu di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa malam ini.
Namun begitu, beliau menyeru pemain agak tidak terlalu menghormati lawan sebaliknya fokus kepada permainan sendiri untuk mencipta sesuatu yang membanggakan dalam perlawanan itu apatah lagi bakal beraksi di hadapan ribuan penonton sendiri.
"Kita harapkan barisan pemain dapat mempersembahkan sesuatu yang jauh lebih baik kerana kita tahu cabaran menentang pasukan Thailand adalah satu cabaran yang agak besar.
"Tapi kita tak akan akan mengalah, kita akan cuba mempamerkan semangat juang tinggi dan permainan terbaik berbanding sebelum ini. Kita harapkan barisan pemain dapat membuat sesuatu kejutan, Insya-Allah.
"Walaupun kita sedar cabarannya agak sukar, tapi tiada perkara yang mustahil. Kita mengharapkan barisan pemain tidak terlalu memandang tinggi kepada barisan Thailand, supaya kita dapat memberikan saingan yang baik," katanya.
Selain itu, Ahmad Jais juga berharap sesiapa sahaja yang diturunkan dalam aksi final malam ini dapat mengurangkan segala kesilapan mudah dan kekal fokus kerana ia bakal menjadi penentu dalam memburu kemenangan.
"Saya tengok ada beberapa elemen kelemahan lagi yang kita perlu perbaiki dan dikemaskan. Daripada segi konsistensi permainan kita serta pertahanan. Itu antara elemen penting dalam sepak takraw.
"Jadi saya percaya kalau barisan pemain dapat memperkemaskan lagi beberapa elemen itu, saya percaya tak ada perkara yang mustahil dan kita mampu memberi satu saingan yang sengit untuk kalahkan Thailand," katanya.
Untuk rekod, Thailand adalah juara dunia pada edisi lalu dalam acara regu dan sukar mana-mana pasukan menggugat kekuatan mereka.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lu-hormati-thailand |
|
|
|
|
|
|
| |
|