CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9558|Reply: 82

“Tiada Siapa Mahukan Saya”- 14 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Raja Azura Merasakan Lelaki Takut Melihat Wajahnya

[Copy link]
Post time 27-5-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode




Pengacara dan pelakon terkenal, Raja Azura, yang telah 14 tahun bergelar ibu tunggal, merasakan tiada lelaki yang berani untuk menanggungnya dengan pelbagai komitmen dan hutang yang dihadapinya, walaupun ada yang cuba mendekati.


“Lelaki kalau dengar nama saya, semua risau sebab wajah dan perangai saya umpama ‘sesumpah’. Boleh berubah mengikut keadaan,” katanya.


“Tidak dinafikan memang ada yang cuba mendekati, tapi perlahan-lahan individu itu akan mula berundur dan menghilangkan diri sebab tak mampu nak jaga saya yang mempunyai pelbagai tanggungjawab dan komitmen.”


Raja Azura, yang kini berusia 51 tahun, berkongsi beban tanggungannya yang termasuk yuran pengajian anak-anaknya di universiti, hutang rumah, dan kereta, serta tanggungjawab terhadap ibunya yang tinggal bersama.


“Semua anak saya sedang menyambung pengajian di universiti dan memerlukan wang belanja yang besar untuk membayar yuran universiti mereka. Kemudian saya dikelilingi dengan banyak hutang yang tak habis bayar lagi. Selain itu, ada pinjaman lain yang perlu diselesaikan seperti rumah dan kereta serta tanggungjawab saya kepada ibu yang tinggal bersama.”


Bagi Raja Azura, tanggungjawab yang dipikulnya sangat besar dan menjadi salah satu sebab mengapa ramai lelaki tidak berani untuk mendekatinya.






“Jadi memang orang tak nak dengan saya ini sebab tanggungjawab yang saya pikul ini sangat besar. Orang dengar pun akan jadi ngeri.”


Baru-baru ini, Raja Azura menjadi perbualan hangat apabila video yang dimuat naik di Instagram seolah-olah menunjukkan dia melangsungkan pernikahan. Namun, dia tampil menafikan spekulasi tersebut, menjelaskan bahawa dia hanya menghadiri majlis pernikahan sepupunya.


“Saya terkejut apabila mendapat panggilan tanpa henti daripada media, rakan-rakan, dan saudara-mara. Ramai yang salah sangka dengan video yang saya kongsikan walaupun di ruangan kapsyen saya sudah nyatakan perkataan ‘dari dia bersendirian, kini telah berdua’.”


Raja Azura mengaku bahawa dia tidak berniat untuk meraih perhatian atau menenggelamkan perkahwinan sepupunya.






“Berita pernikahan itu turut mendapat perhatian anak-anak yang menghubungi saya kerana mereka sedang menduduki peperiksaan. Saya memilih untuk tidak menjawab pada ketika itu sebab sedang sibuk uruskan perkahwinan sepupu.”


Walaupun begitu, dia terharu dengan sokongan dan doa yang diterima daripada peminat dan pengikutnya.


“Saya rasa sangat terharu dan dihargai oleh peminat dan pengikut yang tidak henti mengirimkan doa yang baik-baik buat saya. Namun saya ingin tegaskan di sini, saya tiada niat nak raih perhatian atau tenggelamkan perkahwinan sepupu saya.”


Raja Azura, yang pernah berkahwin dengan Adzmin Osman, anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, pada Mac 2001, bercerai pada 28 September 2010. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21; dan Puteri Mia Maizura, 19.


Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni cantik je pada pandangan mata kero akak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 03:29 PM | Show all posts
maaf kuraang tahu, deols bpisah mati ke hidup? kalau hidup, apa punca?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya bukan muka ko x elok, tapi mulot ko takde insurans....aku pernah tertengok satu rancangan hiburan kat tv, dia kutuk terang2 sorang penari lelaki tu sbb gigi budak tu ada lompong sikit, terus tak nampak dah kelibat budak tu sampai ke sudah rancangan tu....mcm live show jugak tu...kesian budak tu, mesti malu dia kat satu malaysia...lepas tu aku terus boikot makcik ni sampai skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:04 PM | Show all posts
adiwarna replied at 27-5-2024 04:00 PM
Masalahnya bukan muka ko x elok, tapi mulot ko takde insurans....aku pernah tertengok satu rancangan ...

adoi ye ke? nak gelak pula rasa. mungkin cara penyampaian kamu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:09 PM | Show all posts
bukan semua orang boleh menerima diri kita seadanya....as most expect kita untuk berubah to their advantage....

continue to be yourself kak engku....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2024 04:13 PM | Show all posts
dia ni kadang try hard nak nampakkan dia kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ex hubby sheols x membantu kah? tu bkn anak bekas menteri besar ke? takkan x bg nafkah anak2 kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 04:16 PM | Show all posts
adiwarna replied at 27-5-2024 04:00 PM
Masalahnya bukan muka ko x elok, tapi mulot ko takde insurans....aku pernah tertengok satu rancangan ...

ye ke? hina nye perangai nenek ni.. memalukan orang tu betul..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:25 PM | Show all posts
anak perempuannya sebijik rupa dia

iols suka klu die nyanyi lagu ziana zain
bersungguh2
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:28 PM | Show all posts
bekas suami ada lagi ke tak? waris2 sebelah lelaki tak akan lah tak bantu bayar yuran pengajian anak2.. tanggungjawab tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpelah engku, tak luak pun kalau tak kawen. Btw she dah berhenti smoke ke belum? Katanya heavy jua she isap rokok..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang mampu pun tak sudi.. maap
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 04:37 PM | Show all posts
chinta89 replied at 27-5-2024 03:29 PM
maaf kuraang tahu, deols bpisah mati ke hidup? kalau hidup, apa punca?

bukan depa pisah pasai dia takmo pindah dok aloqstaq ka camna??depa kawin pjj ex ada bisnes kat sana katanya & dia nak still aktif dlm bidang seni wallahualam

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 05:00 PM | Show all posts
mujur kak engku rileks2 ja x berlaki pon..takdak nak buat live ada pilot senyum2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 06:53 PM | Show all posts
anak2 dia sambung universiti oversea ke?
IPTA melambak kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer dia mcm budak2 tu tak berbapak pulak
Come on la, cucu ex MB Kedah kot!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 08:44 PM | Show all posts
Edited by miss_white at 27-5-2024 01:59 PM

Biasa yg konon2  kelakar  buat2 sewel dpn camera je
Off camera sombong  selisih pun xsenyum
Nak2 si mariah jjcm itu
buat2 sewel terloncat2 konon peramah
Peramah taik ko lah
Laki dia pun samaKo laki bini xpyh nk buat2 peramah lah cibai




Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru borak ngn laki ak pasal opis mate dia... Dia mati bini.. Pastu kawen baru n bw bini baru duk umah arwah bini.. Katanya umah tu arwah bini dah bg dia.. Tp di tentang dek ipar duai.. Last2 dia ulang alik melaka klang.. Bini baru duk melaka.. Jd cite jantan2 kt opis tu.. Katanya kesian x de sp nk jg ank2.. Tu yg dia nk bw bini baru duk situ.. Gj dia x cukup nk sewa umah lain.. Ak trus basuh laki ak.. Ak ckp kawen baru pandai tp x mampu nk sewa umah lain.. Umah tu patut ank2 dia yg duk situ bkn bini baru dia.. Pompuan klu mati laki ke cerai ke blh je besar kan ank2... X yah nk bg alasan bukan2.. Nk senang pakai reta arwah bini.. Tgk k engku ni.. Boleh je dia besar kan ank2 without ex husband..

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 27-5-2024 08:44 PM
Biasa yg konon2  kelakar  buat2 sewel dpn camera je
Off camera sombong  selisih pun xsenyum
Nak2 si ...

Eh bila maria jjcm upload video dengan sis & kak shahora nampak macam sis yang tak friendly. Raut muka dia kot macam tak mesra. Tapi hati baik gitew.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052821 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list