View: 10296|Reply: 33
|
Tenang Jalani Kehidupan Harian Tanpa Gosip, Fouziah Gous Belum Terfikir Nak Buat ‘Come Back’
[Copy link]
|
|
Hampir sedekad tidak muncul di kaca televisyen mahupun layar skrin, pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous akhirnya tampil berkongsi mengenai kehidupannya pada masa ini.
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Fouziah berkata, dia masih menerima tawaran berlakon daripada beberapa orang pengarah namun, terpaksa menolak tawaran tersebut berikutan sibuk menguruskan perniagaan yang diusahakan olehnya sejak 1o tahun yang lalu.
"Sebenarnya ada sahaja pengarah yang panggil saya berlakon. Macam mama Erma Fatima pernah tanya saya ‘kau tak nak berlakon lagi ke?’. Ada juga orang yang saya kenal tanya dan siap pujuk untuk buat sekali sahaja projek terbaru mereka. Tapi urusan kerja macam itu perlu komitmen."
"Tambahan pula saya ceo syarikat. Jadi banyak perkara yang berkaitan fizikal saya perlu ada. Jadi belum sesuai untuk saya ambil tawaran berlakon. Lagipun, saya tak nak ambil sekadar ala kadar sahaja. Mesti saya nak buat yang terbaik kalau nak buat ‘come back’ semula."
Senang cakap, saya belum bersedia nak tinggalkan syarikat.
Pelakon drama ‘Tahajjud Cinta’ ini turut mengakui dia akan memilih naskah yang bersesuaian untuk muncul semula dalam industri seni.
"Harus memilih fasa sekarang berbanding dahulu sebab kita bukan lagi dalam industri. Dulu job kita mungkin itu sahaja dan kita kena terima. Sekarang saya dah ada banyak benda nak fokus."
"Rindu terhadap lakonan ada sahaja, tapi kalau dapat yang best, bagus. Tak nak la kalau buat yang tak best."
Tambah isteri kepada Datuk Mohd Zhafran Md Yusof ini lagi, kali terakhir dia berlakon pada tahun 2019 iaitu di bawah arahan Haji Zil untuk drama Sara Sajeeda di TV3.
Ikutkan lebih kurang 10 tahun saya tak berlakon. Tapi dalam tempoh masa tersebut, saya ada berlakon satu drama dengan Haji Zil sebagai Nelissa. Itupun saya ambil sebagai tanda persahabatan dan sekadar watak pembantu sahaja. Fokus saya masa itu terhadap perniagaan sahaja.
Disoal sama ada selesa ataupun tidak apabila namanya kurang dikaitkan dengan kontroversi mahupun isu-isu panas, Fouziah memberitahu dia sangat selesa dan tenang dengan kehidupan seperti ini.
"Kalau masih ada gelaran selebriti itu, orang tetap akan mencari kesalahan. Oleh sebab itu, saya ambil langkah berpada-pada dalam semua benda."
"Sebagai contoh, saya akan berpada-pada kongsikan mengenai kehidupan saya. Zaman sekarang kita boleh buat apa sahaja untuk tarik perhatian orang. Saya takut nak komen atau tarik perhatian orang. Semua benda saya akan berhati-hati. Bukan nak tunjuk baik, cuma tak nak orang ambil satu point itu dan jadikan ia sebagai benda yang besar."
Fouziah yang ditemui pada Malam Bersamamu Rafah, baru-baru ini turut meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjadi seorang ahli perniagaan tercapai.
Dulu kalau orang temu bual dan tanya saya nak jadi apa 10 tahun akan datang, saya jawab nak jadi ahli perniagaan. Alhamdulillah, sekarang impian itu tercapai.
Sumber : OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
iols belum pernah rasa sarang burung she lagi.. sedap ke idok?tapi belas2 jua la rege sebotol tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 30-5-2024 10:51 AM
iols belum pernah rasa sarang burung she lagi.. sedap ke idok?tapi belas2 jua la rege sebotol tu
sedap...tp tu lah mahal pulak...aiols beli yg 7e pnya jer now..dlm rm8 gituh..sama jer rase |
|
|
|
|
|
|
|
xyh berlakon lg lah datin pooja.. aman2 sajor buat bisines, adalah lebih baik khuens.. dunia artis ni kan memeningkan. |
|
|
|
|
|
|
|
kena minum tiap malam ke? sebulan dalam rm240 kena belanja untuk air sarang burung kalau amalkan tiap hari
|
|
|
|
|
|
|
|
Manis air tu.. aku beli sekotak je kat go shop. Xjadi apa pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap dooh.. tk hanyir or pelik.. rasa sedap better kalau beli jenama yg bukan2 tu.. risau kebersihan la..
legit gous ni pembersih
|
|
|
|
|
|
|
|
iolls rasa since minum product sheolls rasa awet muda.. kulit jadi mulus.. lembut |
|
|
|
|
|
|
|
yup...iolls selalu jer beli air sarang burung dia ni...rs sedap n kurang manis berbanding yg jual kat 7eleven tu. tp xde laaa i minum ari2...mau kena potong kaki nanti.
If nak yg betul2 berkhasiat beli jer sarang burung kat kedai seisei...ada yg siap2 letak herba lain dlm peket, balik rebus n minum sajorkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk kecantikan ke atau untuk fizikal...ermm x po lah...ahkak x reti amalkan apa2 kecuali exercise dan jaga mkn..tu jer...tu pun ok je badan dan muka buat masa ni walaupun x elok dimata org tp rasa puas diri sendiridah cukup.....alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir sedekad tidak muncul di kaca televisyen mahupun layar skrin, pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous akhirnya tampil berkongsi mengenai kehidupannya pada masa ini.
Tambah isteri kepada Datuk Mohd Zhafran Md Yusof ini lagi, kali terakhir dia berlakon pada tahun 2019 iaitu di bawah arahan Haji Zil untuk drama Sara Sajeeda di TV3.
Ikutkan lebih kurang 10 tahun saya tak berlakon. Tapi dalam tempoh masa tersebut, saya ada berlakon satu drama dengan Haji Zil sebagai Nelissa. Itupun saya ambil sebagai tanda persahabatan dan sekadar watak pembantu sahaja.
macamne dia tulis ni? aku ke yang tak paham? ada jugak keluar tv kan?
dan dia berapa kali berlakon dalam sepahtu reunion tu. dia antara pelakon undangan yg tak best dlm sepahtu. sebab dia nak serius je, padahal tu sketsa komedi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 30-5-2024 10:51 AM
iols belum pernah rasa sarang burung she lagi.. sedap ke idok?tapi belas2 jua la rege sebotol tu
Sedap..pastu minum lak time cuaca panas2..nyum2
Tp X la amalkan pun..kalau sekali sekala teringin nk minum, singgah 7e beli la sebotol..tp mmg harga dia lg Mahal banding brand lain |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap bird nest dia. Bird nest terbaik dlm pasaran, byk isi dan kurang manis. Highly recommended.
Product dia tak mcm product timbang kilo retis² tu. Cara business dia pun nmpak pro tak guna cheap or silly marketing. Product pun senang nk dpt tak payah nk guna agent². |
|
|
|
|
|
|
|
jadi ke laki heshe beli bangunan opis di bukit jelutong? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah try banyak brand sarang burung tapi fauZiah punya paling sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Rambut dia lawa sgt. Level2 anzalna or maybe lg lebat rambut dia. Xsangka awal sgt pakai tudung |
|
|
|
|
|
|
|
sedap uols, dia tak guna gula kasar tu tapi gula batu tak silap. Iols 2-3 kali beli kat GoShop time puasa dulu. Kalau beli guna GrabPay dapat lagi diskaun RM15 ke RM30 tah lupa..kebetulan masa tu ada promo, so ujung2 iols bayar daripada rm200 lebih dapat rm160 camtu tak silap untuk 3 kotak isi ada 6.
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 1-6-2024 11:42 PM
sedap uols, dia tak guna gula kasar tu tapi gula batu tak silap. Iols 2-3 kali beli kat GoShop tim ...
chuols minum yg mana??
iols tgk ada dgn mcm2 campuran plak.
yg dgn extra collagen tu mcm menarik (warna putih je tak seram sgt) tapi jual 3boxes skali plak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|