CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25766|Reply: 198

Hukuman gantung kekal terhadap anak Datuk yang bunuh, rogol, liwat eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap

  [Copy link]
Post time 30-5-2024 04:59 AM | Show all posts |Read mode






PUTRAJAYA: Pembunuh kejam yang merogol dan meliwat eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap berhampiran Kelab Cinta Sayang, Kedah pada 2006 kekal ke tali gantung sebaik Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas banduan akhir itu.


Panel tiga hakim diketuai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal yang bersidang bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais memutuskan demikian secara sebulat suara menolak permohonan pemohon, Shahril Jaafar, 43, yang juga anak seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.


Mahkamah berpendapat, fakta kes yang membawa kepada kematian mangsa adalah luar biasa kerana membabitkan kejadian rogol dan liwat yang dilakukan pada waktu siang di kawasan awam yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat.


"Kami mengulangi, walaupun mahkamah mempunyai belas kasihan terhadap pemohon, panel ini berpandangan fakta kes luar biasa kerana membabitkan keganasan yang menimbulkan kekecohan umum.


"Mahkamah tidak terikat dengan pandangan umum, bagaimanapun kami tidak boleh mengendahkannya, oleh itu permohonan ini ditolak dan hukuman mati dikekalkan," katanya.


Pada 9 Ogos 2015, Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah menjatuhkan hukuman mati ke atas Shahril selepas didapati bersalah membunuh Chee, 25, di Taman Ria Jaya, berhampiran Kelab Cinta Sayang Sungai Petani antara 5.30 petang, 14 Januari 2006 dan jam 3.05 pagi, keesokannya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar membantah permohonan itu atas alasan fakta yang dikemukakan oleh pendakwaan menepati prinsip 'kes yang paling jarang di antara yang jarang berlaku' yang mewajarkan hukuman mati dikekalkan.


"Gadis ini berjoging bersama adiknya sebelum diculik, diliwat, dirogol dan dibunuh serta mayatnya ditinggalkan. Pemohon pula melarikan diri ke Australia selama tiga tahun sebelum ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya.


Pembunuhan kejam terhadap mangsa


Mohd Dusuki berkata, pembunuhan itu dilakukan secara kejam apabila laporan forensik menunjukkan terhadap 50 kecederaan pada mangsa termasuk pada kemaluan dan dubur.


Katanya, penemuan kesan krim rambut pada kemaluan dan dubur yang digunakan sebagai pelincir, menolak pembelaan pemohon yang mendakwa perlakuan seks dilakukan secara sukarela dengan mangsa.


Mohd Dusuki turut mempertimbangkan bahawa mangsa yang menjadi harapan keluarga, baru sahaja bekerja dan sepatutnya ke Jerman untuk menjalani sesi latihan.


"Mangsa diperlakukan seolah-olah tiada kehormatan dan harga diri langsung, kes ini menepati prinsip 'rarest of the rare' dan mewajarkan hukuman mati dikekalkan," katanya.


Sementara itu, peguam Rosli Kamaruddin yang mewakili Shahril memohon mahkamah memberi peluang kepada anak guamnya untuk menjalani kehidupan normal.


"Ketika kejadian, anak guam berusia 25 tahun dan tidak mempunyai sabitan lampau.


"Ketika ini, anak guam sedang menjalani rawatan psikiatri dan laporan doktor yang merawatnya di penjara mengesahkan tahap kesihatannya," katanya.


Rosli berkata, anak guamnya sudah insaf dan mahu kembali ke dalam masyarakat serta hidup bersama ibu dan adik beradik yang lain manakala bapanya sudah meninggal dunia tahun lalu.


Kes pembunuhan Chee yang juga bekas penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) itu mendapat liputan meluas selepas mangsa ditemui mati selepas dibunuh serta dirogol dan mayatnya ditemui pada awal pagi 15 Januari 2006 di kawasan berkenaan.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga mampos ke tali gantung atau mampos dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 06:53 AM | Show all posts
rasain..baca kronologi kes...memang patut pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 07:02 AM | Show all posts
senangnya hukum gantung je.. tak boleh ke bg yg lebih extreme lagi..
moga malaikat maut cabut nyawa nya dgn sakit  sekali.
patut nya lenyek je dgn lori.n biar dia rasa sakit dan mati perlahan2.  mcm yg dia sakitkan mangsa sampai mati
sepatutnya dia mati masa covid ari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak Datuk mn tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kaoru44 at 30-5-2024 05:06 PM

Eiiii....kesian mangsa..i xingt plak kes ni..time tu still skolah lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2024 07:43 AM | Show all posts
ada hati nk kembali ke masyarakat.. peguam diani takde perasaan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ulamalu at 30-5-2024 07:53 AM

Mcm kes rogol dan bakar Canny Ong.  Balik Msia dari US ziarah ayah sakit.  Keluar dinner dgn family just nak ambil kereta nak keluar parking tapi kena hijack dgn lelaki maniac.  Lelaki type M juga yg buat.  Kalau type I kat India selalu org kata makan kari terlebih.  Ni type M kat Malaysia x taulah sebab apa.  You just grab the opportunities committing crime with stranger doing nothing wrong.  Sickening.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 07:49 AM | Show all posts
Bapak heols yang bersubahat lupus bahan bukti pun dah meninggal kan.

Arwah dengan mak si jahanam ni la yang tukang buang pisau yang penuh darah and jual Naza Ria yang si jahanam ni drive untuk rogol mangsa.

Semoga heols sentiasa teringat2 dosa pada mangsa sampai kena gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling shilake katanya mendiang ni dibayar utk sex service. Sex gone wrong lah apa lah. Jahat gila malaun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 07:51 AM | Show all posts
Semoga dijauhkan kaum kerabatku dari perangai dan manusia begini
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:03 AM | Show all posts
Terbela juga kematian mendiang
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:05 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 29-5-2024 11:49 PM
Bapak heols yang bersubahat lupus bahan bukti pun dah meninggal kan.

Arwah dengan mak si jahanam ni ...

pastu siap ckp repot polis memula dia buat tu ada silap. lol. ko punya nak selamatkan anak tu kan. ni anak org lain mati ni wehh. i kenot brain apa arwah and mak dia fikir time tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 30-5-2024 07:49 AM
Bapak heols yang bersubahat lupus bahan bukti pun dah meninggal kan.

Arwah dengan mak si jahanam ni ...

semoga mak si jahanam ni pon mati seksa jugak..sanggup subahat bila dah tahu anak bunuh orang..sick!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok bagi mampos cepat2. Simpan dalam penjara pon buat membazir duit tax payer.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:07 AM | Show all posts
dia punya kenyataan tuduh mendiang consented to coitus tu paling terfaktab sekali. punya keji jantan ni kan, sanggup buat citer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 08:11 AM | Show all posts
_kelly replied at 30-5-2024 12:06 AM
semoga mak si jahanam ni pon mati seksa jugak..sanggup subahat bila dah tahu anak bunuh orang..sic ...

Datin Norbariah Ibrahim nama mak heols. Sanggup tolak ke tepi agama dan empathy pada mak mangsa padahal sheols pun ada anak perempuan jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:14 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 30-5-2024 12:05 AM
pastu siap ckp repot polis memula dia buat tu ada silap. lol. ko punya nak selamatkan anak tu kan. ...

Anak theyols je yang terpaling ada value. Habis tu nyawa anak orang lain takde value? I sakit hati sebab mak pak heols tak pulak kena charge jadi accomplice. Aman2 je theyols anak beranak hidup lepas tu macam takde apa jadi. Kalau heols tak balik Malaysia mungkin sampai sekarang heols enjoying life in Perth sana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:14 AM | Show all posts
Edited by Gianna111 at 30-5-2024 08:15 AM
BoongaKertas replied at 30-5-2024 08:07 AM
dia punya kenyataan tuduh mendiang consented to coitus tu paling terfaktab sekali. punya keji jantan ...

reka cerita yang kenalan nama dia nama wendy yg jual ke wendy yang punya. btw kenapa dia bunuh amoi tu?orang kaya gini tak leh ke beli kat luar dari culik rogol bunuh. keji satu family. moga mereput dalam neraka jahanam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama betul 2006
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.076327 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list