CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5199|Reply: 3

PAPADOM ada nilai sentimental dan peribadi buat Afdlin Shauki

[Copy link]
Post time 2-6-2024 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pengarah dan penerbit filem, Datuk Afdlin Shauki melancarkan novel berjudul Papadom yang diadaptasi daripada filem arahannya Papadom sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, semalam.

Afdlin berkata, Papadom menjadi pilihan pertama kerana kisah itu mempunyai nilai sentimental dan amat peribadi.


"Cerita Papadom ini saya tulis kerana sebagai seorang ayah, ada rasa kesal dalam diri saya kerana tidak dapat menjadi ayah yang terbaik dan mula berfikir mengenai ciri-ciri ayah yang terbaik yang saya mahukan.

"Saadom melambangkan kebanyakan bapa di dunia ini yang mempunyai dilema yang sama. Bapa yang menyayangi keluarganya dan mahu memberikan kehidupan terbaik kepada keluarganya, jadi dia bekerja keras untuk keluarganya sehingga tak dapat meluangkan masa bersama keluarga yang dicintai itu.

"Tiadanya keseimbangan dalam kehidupan adalah antara sebab utama permasalahan dalam keluarga. Selalunya manusia berubah bila ada satu insiden besar yang menyentap kehidupan mereka. Sewaktu bermain scrabble dengan isteri, saya merenung wajahnya dan bertanya pada diri ini, kalau sesuatu berlaku pada dirinya, apakah saya mampu untuk mengambil alih tugas sebagai ibu kepada anak-anak?


"Persoalan itulah yang mencetus idea untuk saya hasilkan naskhah PAPADOM. Sebagai ibu bapa, kita tak dilahirkan dengan buku manual bagaimana nak menjadi ibu bapa yang baik, akan tetapi, kita kena percaya yang Allah SWT akan sentiasa ada bersama dengan kita dan memberi pengajaran yang terbaik bagi diri kita," katanya.

Menurutnya, novel setebal 160 muka surat itu diharap dapat memberi manfaat kepada semua ibu bapa.

"Kita mesti berani melangkah masuk ke alam Papadom dan hadapi segala dugaan dan cabaran-Nya. Semoga buku ini memberi manfaat kepada golongan bapa, ibu untuk mengenali perangai bapa-bapa dan untuk anak-anak, agar mereka tahu yang walau apapun berlaku mereka adalah permata yg yang ternilai di hati bapa mereka," katanya.Menurutnya yang juga Pengerusi YWP Media Sdn Bhd, novel itu bakal dijual di kedai buku seluruh negara."Hanya 1,000 naskhah dikeluarkan bagi cetakan pertama. Buat masa ini, ia boleh didapati PBAKL 2024 dan bakal dijual di kedai buku juga. "Kami juga merancang untuk menyertai acara membabitkan pembukuan termasuk pesta buku di setiap negeri," katanya.Novel Papadom terbitan YWP Media Sdn Bhddijual pada harga RM19.90 bagi Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak pada harga RM22.90.

Disiarkan pada: Jun 2, 2024 @ 1:23pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam bagus je kan si Afdlin ni.

Buat cerita pasal ayah yang sayangkan keluarga but irl hauk sangat sebagai bapak dan suami kepada Christina Orow.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 07:39 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 2-6-2024 10:27 PM
Cam bagus je kan si Afdlin ni.

Buat cerita pasal ayah yang sayangkan keluarga but irl hauk sangat s ...

hauk sbb kawen dgn pa dia tu ke?
or ade cerita lain
cer spill
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
meah_kelabu replied at 3-6-2024 11:39 PM
hauk sbb kawen dgn pa dia tu ke?
or ade cerita lain
cer spill


Ada porumer tumpah teh dulu, Afdlin ni boya. Even before nikoh bini sekarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.277771 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list