View: 5919|Reply: 10
|
"Saya Jenis Tahu Malu" - Dah Tutup Buku, Hanya Berkawan Dengan Lelaki Orang Je Sekarang!
[Copy link]
|
|
WANITA yang pernah dikaitkan sebagai kekasih gelap menegaskan dia sudah tidak lagi berminat menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.
Sarah, 24, berkata, dia tidak mahu lagi mendekati suami orang kerana tahu perkara itu salah dan mahu menutup kisah silamnya.
"Saya dah tak sondol laki orang sebab saya tahu ia salah!
"Semua habis tutup buku, tutup cerita biarpun apalah ceritanya dengan mana-mana lelaki," katanya.
Sarah menulis perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, Sarah memberitahu dia sedar tindakannya sebelum ini disifatkan sebagai memalukan dan berjanji akan menjaga batas dalam pergaulan selepas ini.
"Saya dengan lelaki orang semua hanya berkawan saja, tidak ada satu pun yang disondol dengan saya lagi.
"Saya jenis tahu malu, saya bukan sama jenis macam Ruhainies," ujarnya.
April lalu, nama Sarah menjadi perhatian ramai selepas dia mengaku sebagai kekasih Aliff dan secara terbuka berkongsi kecurangan aktor itu bersama pelakon Ruhainies.
Tidak terhenti di situ, pendedahan Sarah turut membabitkan beberapa nama selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice dan Meerqeen.
Sarah juga mengakui kesilapan dan memberitahu dia sudah berhubung dengan isteri Aliff iaitu Bella Astillah sebelum tekad berkongsi di media sosial.
Pada 22 April lalu, Sarah muncul mendedahkan dia dalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.
Dia membuat pendedahan itu kerana tidak tahan melihat pelakon itu teruk dikecam susulan dicekup berkhalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Sejak itu, Sarah mula mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan dipercayai di antara Aliff dan wanita dinamakan sebagai NRF di Instagram miliknya.
Disebabkan itu, kontroversi membabitkan Aliff, Ruhainies dan Bella Astillah bertambah rumit apatah lagi turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain.
Bagaimanapun sejak awal Mei lalu, Sarah mula mendiamkan diri daripada membuat sebarang pendedahan susulan menerima notis daripada mahkamah di Singapura untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Aliff. |
|
|
|
|
|
|
|
before AA pun dia sondol laki org juga. kelakar la dekni. Anak2 dia pun ALN dan hidup pun harap bantuan gov SG. Sakit hati btl eh dia kat Ruhanat. Penyondol tersakiti sgt. try nk masuk market Malaysia dgn harapan nak jd artis tp tak berjaya sbb sana sini berak merata. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahu malu konon. Orang yang tahu malu, tak buka pekong sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akuHavocczz at 5-6-2024 07:26 PM
Semak doh dia ni. Kat ig kalau media bukak cerita pasal ruhainis kemain dia masuk sebagai tersakiti. Dia ni sebab ruhainis tu kantoi dengan alep je. Kalau tak dia yang paling mengangkang dekat alep tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..dah herlok ckit kening & rambut pelesu baru |
|
|
|
|
|
|
|
akuHavocczz replied at 5-6-2024 07:24 PM
Semak doh dia ni. Kat ig kalau media bukak cerita pasal ruhainis kemain dia masuk sebagai tersakiti. ...
Betul tu. Dendam kesumat betul dia dengan R. Padahal semua sama jer perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling lah kau. Sakit hati sungguh dengan Ruru. Muka dia macam founder rempit Klate tu Ika ekora. Sebiji. Perangai rempit pun sama |
|
|
|
|
|
|
|
mmg xsama. kau tu jenis gila glamer, konon nk org tau dia org penting dlm hidup aa. rasa terhina sbb xdiketahui public dan rupanya digunakan mamat tu saja. at least ruhainis tu tau menyondol tu aib sendiri dan x mengaku. |
|
|
|
|
|
|
|
geli tiak kami mndgr statemnt di atas
-netijem |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong je dia ni bukak atas bawah mcm sblm ni. Wlpn Nmpk sgt dia tersakiti dgn Ruhainies, tp dari dia baru kita semua tau sisi gelap artis yg di londeh kan tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|