View: 18147|Reply: 146
|
'Walaupun isteri kerabat diraja, saya dah terbiasa bekerja' - Sarimah Ibrahim
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim, 46, menyifatkan statusnya sebagai isteri kepada kerabat diraja bukan 'tiket' untuk dirinya tidak lagi aktif sebagai wanita berkerjaya dalam bidang seni.
Sarimah berkata, sebagai anak sulung daripada empat beradik, beliau juga sebelum ini sudah terbiasa bekerja dan berdikari mencari kewangan sendiri kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada ibu bapa.
"Walaupun saya anak perempuan tunggal dalam keluarga yang mempunyai tiga adik lelaki, namun sebagai kakak yang sulung, sudah pasti saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada adik-beradik lain, terutama perlunya berdikari sendiri.
"Malah, apabila saya bertemu jodoh dengan suami yang juga kerabat diraja, masih tiada apa yang berubah dalam karier kerana saya sendiri memang suka bekerja dan tidak boleh duduk diam saja walaupun suami saya mampu menanggung segalanya.
"Apatah lagi, bagi saya antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu itu perlu dipisahkan sebaiknya. Jadi, apa-apa yang saya buat untuk kerjaya adalah tanggungan sendiri," katanya kepada Harian Metro.
Pelakon watak Sharifah Qaidah dalam drama Lelaki Itu di TV3 ini berkata, cukuplah suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar menjadi ketua keluarga dan menyara keperluan keluarga kecil mereka.
"Setiap duit yang saya dapat apabila bekerja, ia dilaburkan semula kepada apa saja yang saya inginkan seperti membeli rumah sendiri, termasuk menyertai kelas lakonan bersama tenaga pengajar dari luar negara, Gerry Grennell.
"Saya bayar Gerry dengan wang dikumpul sendiri. Begitu juga apabila mahu beli hadiah hari jadi untuk suami contohnya, saya tak akan beli guna duit daripada suami dan kemudian hadiahkan kepadanya semula. Saya lebih rasa puas hati dengan membeli guna wang sendiri," katanya.
Menurut Sarimah, apa yang pasti beliau gembira dan bersyukur kerana suaminya sangat memahami dan menyokong apa saja yang mahu dilakukannya asalkan tahu menjaga batas pergaulan dalam bekerja.
"Pada pendapat saya sendiri juga, seseorang wanita itu tidak seharusnya mengambil kesempatan dalam perkahwinan apabila bertemu jodoh dengan orang kaya.
"Ini hanya pendapat saya saja dan kita juga seharusnya perlu membuang stigma seperti apabila berkahwin dengan orang kaya, maka boleh duduk rumah goyang kaki, termasuk fokus pergi bercuti ke mana saja," katanya.
Terdahulu, Sarimah bertemu jodoh dengan suaminya, Tunku Nadzimuddin iaitu cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10 pada 2 April 2015.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Sofia Najihah, 4.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/serimm_1717563862.jpg)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada yg ckp sheol x berapa ngam dgn Jeslina...yer ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni rasa kedudukan laki dia tu, mulia sgt ke? Mcm dh terpaling tinggi darjat. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kepom undur diri dari gv dia pun join soksek sekali kan? I baru tertengok kat astro heroes diorang pernah berlakon sama dalam gerak khas 3. Hikhik. |
|
|
|
|
|
|
|
kemain humble brag yach feefeeling nikah bakalan pewaris takhta bakalan Jagong .
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa nak senyum je.. krik krik krik sgt nih..! |
|
|
|
|
|
|
|
nak aktualisasi diri |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 5-6-2024 02:52 PM
ada yg ckp sheol x berapa ngam dgn Jeslina...yer ke
Battle of the biras dan bakal biraskah?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau la anak dia tu lelaki tak tau la camne dia punya gaya
ini akibat apabila korang para netz terlalu memuja sheols yah
terus rasa darah tuko warna |
|
|
|
|
|
|
|
dah masuk abad ke-21 kak. buka kisah perbezaan darjat2 nih nobody cares![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 5-6-2024 03:36 PM
Dia ni rasa kedudukan laki dia tu, mulia sgt ke? Mcm dh terpaling tinggi darjat.
Dia memang kekadang ada vibes rasa diri terpaling |
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 5-6-2024 04:38 PM
aku rasa nak senyum je.. krik krik krik sgt nih..!
Actually i nak tau kerabat ni benar2 kaya n dapat elaun 7 keturunan jugak ke? Memang kaya ke? Atau sekadar tumpang nama keturunan kerabat diraja aje..Sbb i tgk ramai je guna nama kerabat diraja bagai hakikatnye nampak sengkek je..Ada sorang influencer sorang tu kemain bgtau suami kerabat bagai, siap nama ig suami Yang Mulia Muhammad dot dot..Hakikatnye tgk kehidupan biasa aje..Driver n maid pun yillek..Rumah pun kondo je bukan landed yg area orka duduk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Husband dia ni nombor berapa dalam pewaris takhta? |
|
|
|
|
|
|
|
Halah halah halah. Kerabat jer. Bukan anak raja taraf tengku muda pewaris takhta.![](static/image/smiley/default/shy.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cystmex replied at 5-6-2024 08:12 PM
Husband dia ni nombor berapa dalam pewaris takhta?
Dah x bernombor kot. Negeri sembilan guna pemilihan raja melalui undang luak. Undang ni yang akan pilih next raja. Kiranya undang ni yg lebih berkuasa utk buat pemilihan.
Sebab tu lepas tuanku jaafar mangkat, anak nya (jaafar clan) x dpt naik. Sebab undang pilih tunku munawir. Tunku munawir pon ada 2 anak lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
okla tu... takkan nak jd tai tai pencen pulek mcm acik2 lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Bape kali nak mention laki kerabat, laki orka.. sejenis jakun.. dulu pun ade talkshow invite retis kawin kerabat only.. |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 5-6-2024 02:52 PM
ada yg ckp sheol x berapa ngam dgn Jeslina...yer ke
iols rasa bkn x ngam... cuma sarimah ni mcm x blh follow sgt lifestyle hora horey kerabat tuu |
|
|
|
|
|
|
|
ewww
![](static/image/smiley/default/2.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|