CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7645|Reply: 0

Mirra pemain termuda mara ke separuh akhir Grand Slam

[Copy link]
Post time 6-6-2024 09:53 AM | Show all posts |Read mode

MIRRA meraikan kejayaannya menewaskan Aryna untuk melangkah ke separuh akhir Terbuka Perancis. -FOTO AFP

Paris: Pemain remaja Rusia, Mirra Andreeva berkata, menjadi pemain termuda beraksi di pentas separuh akhir Grand Slam sejak 1997 adalah "impiannya" selepas melakar kemenangan mengejut ke atas pilihan kedua Aryna Sabalenka yang bergelut dengan kesakitan di Terbuka Perancis.

Pemain berusia 17 tahun itu bangkit daripada ketinggalan satu set menentang lawannya yang sakit untuk menang 6-7 (5/7), 6-4, 6-4 selepas beraksi dua jam 29 minit dan mengatur pertemuan di separuh akhir menentang pemain Itali, Jasmine Paolini.

Mirra adalah wanita termuda mara ke separuh akhir kejohanan utama sejak Martina Hingis melakukannya di Terbuka AS, 27 tahun lalu dan juga yang termuda di Roland Garros sejak Hingis pada 1997.

"Jika melihat kembali, saya tidak akan menjangkakan diri saya bermain separuh akhir, kerana itu hanyalah satu impian bagi saya di awal kejohanan, tetapi sekarang saya akan bermain separuh akhir," kata Mirra yang tewas kedua-dua pertemuan sebelumnya dengan Aryna dalam straight set.


Dia akan menilai peluangnya untuk mara ke final apabila berdepan dengan Jasmine - yang sebelum ini tidak pernah melepasi pusingan kedua Grand Slam.

Mirra memenangi pertemuan terdahulunya dengan Jasmine awal tahun ini di Terbuka Madrid pada pusingan 16 terbaik.

"Saya masih ingat ia sukar," katanya mengenai perlawanan itu pada April.

"Dia bermain tenis yang sangat bagus dan selepas itu saya belajar mengejar sedikit demi sedikit. Jadi ya, saya pasti ia akan menjadi perlawanan yang hebat."

Aryna beberapa kali meminta bantuan perubatan kerana mengadu tidak berasa sihat dan Mirra mengambil kesempatan itu dengan persembahan yang tenang.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uh-akhir-grand-slam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.042807 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list