View: 5481|Reply: 0
|
[Perak]
Penyambung treler rosak, muatan tar timbus mangsa
[Copy link]
|
|
Penyambung muatan treler mengalami kerosakan punca mangsa ditimbus muatan tar yang terjatuh dari treler di Kilometer 4 Jalan Tanjung-Malim Nawar. FOTO IHSAN BOMBA
Ipoh: Muatan tar yang terjatuh dari treler menyebabkan penunggang motosikal maut ditimbus bahan itu dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Tanjung Tualang-Malim Nawar di Kampar, malam tadi.
Kejadian berlaku ketika Hanapiah Ismail, 59, yang dalam perjalanan dari arah Tanjung Tualang ke Kampar sedang menunggang motosikal kira-kira 10 meter di belakang treler itu kira-kira 7.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, ketika sampai di lokasi kejadian, penyambung muatan treler yang dipandu lelaki berusia 48 tahun mengalami kerosakan dan kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas.
"Ia mengakibatkan muatan yang dibawa terbalik di atas jalan dan menimbus penunggang motosikal yang berada di belakang kenderaan berat itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat Hanapiah yang juga Penghulu Mukim Teja dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.
"Proses bedah siasat selesai dilakukan malam tadi dan saya dimaklumkan jenazah sudah dituntut oleh waris mangsa pada 9 padi tadi bagi urusan pengebumian.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Difahamkan, kemalangan berlaku semasa arwah dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Jasamu Dikenang Pejabat Daerah dan Tanah Kampar di sebuah hotel, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-tar-timbus-mangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|