CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5003|Reply: 19

40 ‘bodyguard’ pernah kawal Mawi waktu zaman ‘Raja SMS’

[Copy link]
Post time 6-6-2024 12:46 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Mengimbas kembali fasa selepas menjuarai program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, penyanyi Mawi mengakui terkejut dengan populariti yang diraih sehingga terpaksa menggunakan khidmat 40 pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya.

Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani, 42, berkata khidmat ramai petugas disediakan pengurusnya ketika itu selepas dia menyampaikan hasrat mahu melawat rakan lama di sebuah pasar raya sebaik memenangi AF3.

“Ada sekali saya mahu pergi pasar raya di Subang Jaya sebab pernah bekerja di sana sebelum ini bagi jumpa kawan-kawan lama.

“Saya cakap dengan bekas pengurus tapi dia minta suruh tunggu dulu di parkir apabila sampai. Rupa-rupanya, dia susun 40 orang pengawal peribadi, saya ingat seorang dua sahaja.

“Semua badan tegap-tegap berkaca mata hitam. Saya jadi terkejut,” katanya dalam sebuah podcast baru-baru ini.


Berkongsi lanjut, pelantun lagu Aduh Saliha itu menyedari keperluan pengawal peribadi yang ramai selepas melihat situasi pasar raya terbabit dibanjiri ramai peminat.

“Ketua mereka minta 10 orang naik ke atas pasar raya kerana ada tiga ke empat tingkat untuk periksa sama ada, ada bom atau apa-apa.

“Ketika itu saya tanya perlukah sampai begini tetapi apabila masuk pasar raya, saya baru perasan memang patut ada 40 orang jaga, kalau empat orang habis saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mawi memberitahu kemahsyuran yang digapai ketika itu membuatkan dirinya bimbang sehingga berdoa enggan lagi hidup diulit populariti.

“Ketika itu baru lepas menang AF. Luaran memang nampak seronok dengan kemahsyuran ini tetapi sebaliknya hari-hari saya berdoa.

“Ya Allah, saya tidak mahu hidup macam ini. Dulu saya minta sikit sahaja tetapi Dia bagi lebih sangat ini.

“Risau saya jadi tidak bersyukur, saya cuba tetapi banyak sangat,” tuturnya lagi.

Mawi mula menapak dalam industri seni Malaysia pada tahun 2005 selepas menyertai AF musim ketiga dan dinobatkan sebagai juara.

Sepanjang berada dalam program tersebut, fenomena Mawi telah dibentuk daripada kemenangannya sehingga tercetus fenomena Mawi World yang menjadi sebutan dan ikutan satu negara.

Dia juga pernah digelar ‘Raja SMS’ apabila meraih RM12.6 juta undian sepanjang sembilan minggu dalam AF sekali gus menjadi pelajar paling tinggi undian dalam sejarah. – KOSMO! ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mase tu mmg trok gile populor si mawi ni mn2 cite pasal dia.. Ak x de astro ms tu x paham knp le org suka Sgt ngn mawi ni.. Sore ms nyanyi pun tegak je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2024 02:06 PM | Show all posts
masa kau dh lama berlalu pakcik sawi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula merundum bila ko buang ina..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:14 PM | Show all posts
dah apsal ceta pasal dia asik keluar je ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sessi mengenang kisah silam ke ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu pi la meminang ina tu semula..Die pun dah single n available pun..Tebus la dosa2 silam dulu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 6-6-2024 02:01 PM
Mase tu mmg trok gile populor si mawi ni mn2 cite pasal dia.. Ak x de astro ms tu x paham knp le org ...


Entah lerr kesian jgk yg mana B40 orang kampung hulu sana yg abis duit AFUNDI mawi ni..Family sendri pun makan bercatu, tapi sanggup kluar modal undi mawi zaman undi sms..1 undi dah la 50 sen..Gigih betul netizen masa tu..ina naim pulak..Muka kesian sungguh la naif sangat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
A ah aku meluat lps dia buat ina.tp dh jodohnya gitu.allah nak jaga ina sama
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 6-6-2024 02:14 PM
dah apsal ceta pasal dia asik keluar je ni

Untuk kekal relevant dlm industri perlukan asik kluar cerita..Biarpun kisah silam yg dah lama..Sama jgk dgn ex tunang nye ina naim..Even laki dah arwah pun, kena sentiasa kluar cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kerani_je replied at 6-6-2024 02:40 PM
Entah lerr kesian jgk yg mana B40 orang kampung hulu sana yg abis duit AFUNDI mawi ni..Family send ...

Kwn2 ak cite satu family tiap2 mggu undi dia.. Ak mcm giler apa dah la korang pakai prepaid asik nk menopup keje ya.... Kat cari.com ni pun meriah la fans vs haters
Ak pening nengok dorang gado
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dia kan nk keluar film kasim elyas tu….:
40 gaurd tu gimik astro jeh….

tapi memang org ramai minat dia pun….siapa x suka cerita perjalanan hidup mawi ni….
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Past is past Mawi. Dulu you culture shock kan. Sampai segan nak tunjukkan tunang kampung yang banyak bantu you sebelum gelombang Mawi world.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
masa tu tahun 2005 mmg la smpi aku terbeli vcd cetak rompak kompilasi persembahan mawi
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:53 PM | Show all posts
suara tak sedap tak tau cane leh jadi juara. mungkin dah rezeki dia. tgkla skrg lps puluh2 tahun grad AF, tak kemana pon heols.

yg tak jadi juara mcm aizat, stacy, akim pun jauh ke depan dah. siap pandai buat lagu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:04 PM | Show all posts
tp aura dia mmg tk dinafikan lps dia nyanyi nasyid tu... tk terpilih tp lps tu dpt masuk blk sbb viral dia nyanyi nashid... nah lps tu tiap2 minggu dia saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
eh apesal skrg asyik cerita mawi ni??? mawi tak reti drive lah, mawi dapat byk keta lah, ni cerita bodyguard plak..tapi semua cerita lama 20 tahun lalu daa.. ko jatuh sendu sbb tinggalkan ina..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:20 PM | Show all posts
alahaiiii acik F pun kemain nak cakap dia jatuh sebab iza zaim
koserrrrrrr

iza zaim pun perangai haukkkk elok la kena tinggal

kalau tak, tak da la dia kawin dengan arwah tu dapat anak2 nama erebbbb

semua tu takdir kan.



lagipun cerita ni keluar sebab sesi podcast dia. tanya la wartawan kosmo awat pi report semula benda cerita dalam podcast.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 6-6-2024 02:53 PM
dia kan nk keluar film kasim elyas tu….:
40 gaurd tu gimik astro jeh….


Gigih lagi rupanya die mengarah filem or drama syok sendiri..Ingatkn dah tobat tak mau mengarah lagi pasal drama n filem nye sendu je pon..Sape je yg nak g tengok cerita yg die arah..lawak bodoh, komedi seram tu je lah genre die..

Elok die senyap2 je la jaga family ekin n cahaya tu..tak yah la lagi berkecimpung dlm industri..Perosak industri je pon..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 04:30 PM | Show all posts
baju mawi tudung mawi kuih mawi
eh koserrrr la zaman tu dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.505882 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list