CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2934|Reply: 0

[Perak] CCTV kesan pengguna kencing, buang sampah dalam lif PPR

[Copy link]
Post time 6-6-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Kor Ming (tengah) melambai tangan semasa berjalan di jalan utama Bandar Seri Botani selepas merasmikan jalan itu di Ipoh hari ini.

IPOH – Individu tidak bertanggungjawab yang kencing, buang sampah dan merosakkan lif blok program perumahan rakyat (PPR) kini tidak akan terlepas lagi.

Ini kerana kerajaan melihat keperluan untuk memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam lif-lif PPR ekoran kemudahan itu sering menjadi mangsa sikap vandalisme.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, langkah itu pernah dilakukan oleh pentadbiran Singapura sebelum ini apabila berdepan masalah sama.

“Saya minta kerjasama penduduk untuk elakkan vandalisme. Sayangkan semua kemudahan yang dipasang. Jangan rosakkan, jangan kencing dalam lif dan jangan buang sampah dalam lif. Jangan paksa saya pasang CCTV dalam lif.

“Itu pernah berlaku di Singapura di mana kerajaannya terpaksa memasang CCTV di dalam lif. Kita percaya Malaysia tidak harus kurang daripada itu (tindakan kerajaan).

“Oleh itu kita mesti mempunyai sikap dan pemikiran yang beradab,” katanya selepas merasmikan Jalan Utama Bandar Seri Botani di sini hari ini.

Jelas Kor Ming lagi, kementeriannya sejak tahun lalu telah memperuntukkan RM100 juta untuk naik taraf dan tukar lif-lif PPR di seluruh negara.

Beliau turut menggesa penghuni PPR supaya membayar yuran penyelenggaraan agar keseluruhan warga penduduk dapat menikmati kemudahan yang sama dengan adil.

Menteri itu mengambil contoh apabila terdapat sebuah PPR dalam negara yang mempunyai tunggakan yuran penyelenggaraan mencecah RM1.8 juta.

“Oleh itu lif rosak dan tidak boleh digunakan. Yang menerima musibah adalah penduduk yang terpaksa mendaki 20 tingkat setiap hari. Jangan susahkan orang lain. Kena berlaku adil kepada diri dan jiran kita khususnaya mereka yang membayar yuran,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... mpah-dalam-lif-ppr/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.155124 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list