View: 29185|Reply: 26
|
[Tempatan]
Siasatan Kes PM-9: SPRM Sahkan Sita Wang Tunai RM170 juta, 16kg Jongkong Emas Bernilai RM7 Juta
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan merampas 16 kilogram (kg) jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta dalam siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Perdana Menteri ke-9.
SPRM berkata, wang tunai yang dirampas itu meliputi nilai dalam Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc, dan Yuan.
Katanya, ia adalah hasil pemeriksaan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai sebagai safehouse susulan penahanan empat individu minggu lalu.
"Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.
"Siasatan ini dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, dua individu bergelar Datuk adalah antara empat bekas pegawai kanan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan lanjut terhadap beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah ketika era pentadbiran beliau.
Selain itu, seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan dan seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang pegawai khas turut ditahan oleh agensi antirasuah itu.
Mengulas lanjut, SPRM berkata bekas Perdana Menteri itu sudah diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024.
Katanya, pengisytiharan harta itu juga sudah dibuat secara rasmi pada 10 Februari 2025.
"Untuk makluman, Ismail Sabri sudah hadir ke pejabat SPRM bagi memberikan keterangan pada 19 Februari lalu.
"Namun, SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan selanjutnya," katanya.
SPRM berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti hampir 10 saksi yang akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
"Suruhanjaya ini ingin menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara bebas, profesional, dan mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.
"SPRM komited untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram ditangani dengan tegas demi kepentingan negara," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
duit byk2 mcm tu kalo letak dekat dalam tabung haji pun byk juga dapat return dari letak dalam rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok ulasan Wan Hadi tadi di Tik Tok
Yelah dia kata PM paling singkat dlm sejarah iaitu 1 thn 3 bulan tapi bayangkan berapa byk RM 170 tu dlm btk fizikal..
Memang geleng kepala dgn org2 politik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak nya duit  |
|
|
|
|
|
|
|
simpan cash tak mereput ke? aiols penah simpan duit seringgit2 zaman skolah2 dlu jual gegula kat skolah..beria simpan buh slm bekas..tak smpai setahun bila pegang duit tu, biru tgn aiols. dia mcm berdebu. pastu igtkan duit pelesu..suh mak aiols p tukar baru kat bank  |
|
|
|
|
|
|
|
btol..
banyak bole dapat dividen
tap kalo duet haram
jgn ler letak dlm tabung haji
abih campur gaul ngan duet orang nak pi haji
kesian kat bakal2 haji yg gigih simpan duet halal dlm TH
kalo nak buat jahat (duet haram)
buat sesorang
jgn libatkan orang lain yg suci murni
ps cakap pasal suci murni ni, sejuk jer mata memandang wajah lembut Pak Mael, tp x sangka, rupenya perampok besor
|
|
|
|
|
|
|
|
ni semua duit utk dana politik...tu pasal simpan kat safe house...
bukan pak mail je ada safe house..
yg lain2 pun ada....
 |
|
|
|
|
|
|
|
duit halal toiyyiban ke? 
|
|
|
|
|
|
|
|
beratus2 juta tu kut la disponser budak2 cerdik pandai.. berapa ramai uiii boleh sambung study tu
balik leh berkhidmat balik pada negara
dapat kat kome, jadi lauk je lah duit byk cenggitu
puik! |
|
|
|
|
|
|
|
byknya duit...emas pun
kaya raya politician kat malaysia neh ya.
patut la yg berpuluh tahun memerintah blh jadi super duper mahakaya |
|
|
|
|
|
|
|

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil untuk dirakam keterangan sebelum ini sebagai seorang suspek, bukan saksi.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ini berdasarkan bukti wang tunai yang ditemukan adalah terkait dengan Ismail Sabri.
“Dalam hal ini, saya boleh katakan beliau adalah seorang suspek. Ini kerana beliau telah diarah membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.
“Kedua, bila terjumpa wang-wang ini, beliau (Ismail Sabri) antara yang dikaitkan, jadi kita perlu dapatkan penjelasan daripada beliau mengenai penemuan wang ini,” katanya pada sidang media, di sini, pada Isnin.
Pada Ahad, SPRM mengesahkan telah merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen dianggar bernilai RM7 juta. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau dana politik pun kenapa cash? parti takde bank account kah?
berani eh simpan cash dekat 200juta. besar mana la bilik simpan duit diorg ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
aduhhhh...nko ni..
duit dana politik sumber dri macam2...
mana boleh bank in...nti kena trace, declare macam2....
pernah tgk org kempen politik tak??
dia punya pegawai khas ka apa nama pun x tau.
kalau bawak beg hitam...dalam tu, ada ratus ribu..silap2 juta...
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo..
jadi btol ler duit tu pak mael punya
ish ish ish
tak sangka no..
btw
mana dia dapat duet 170 juta
camner dia dapat
cer citer
|
|
|
|
|
|
|
|
just nak tanya
dana politik ni digunakan untuk apa ye
adakah untuk membeli kain pelekat utk diedarkan kat kampung2? |
|
|
|
|
|
|
|
wallahualam...
biarlah pehak berkuasa yg menyiasat...
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi gula2 la..
bila PRU ka PRN ka..
bagi duit ka, apa ka...bukan rasuah namanya..
auto suci....
|
|
|
|
|
|
|
|
nama pun dana politik
so
cybertrooper pon dapat jugak utk keje2 propaganda politiks
btol?
|
|
|
|
|
|
|
|
ntahlah aku tak berkenaan dgn si mail ni dr dulu.
taktaula apa tapi ada la rasa mcm tak best je dia ni  |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm tak sangka. aku ni masih nak husnuzon bulan puasa ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|