CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2997|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penyebaran ajaran sesat fizikal, media sosial membimbangkan- Mohd. Na’im

[Copy link]
Post time 6-6-2024 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Nai'm bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Al-Liqa' Al- Qanuniy 2024 di Hotel Everly hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Penyebaran ajaran sesat di negara ini melibatkan medium fizikal dan media sosial disifatkan berada pada tahap membimbangkan serta perlu ditangani segera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kebimbangan itu wujud ekoran kumpulan ajaran sesat melihat adanya ruang daripada sudut undang-undang negara.

“Keadaan itu membimbangkan (ajaran sesat), sebab itu konvensyen ini diadakan. Kenapa ia jadi begitu, mereka nampak ruang daripada sudut undang-undang.

“Kalau kelompongan itu berlaku daripada sudut perundangan, jadi pindaan diperlukan, maka konvesyen ini akan mencadangkan pindaan yang perlu dibuat kepada akta atau enakmen tatacara jenayah negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Al-Liqa Al- Qaniniy 2024 di sini tadi.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, pihaknya mengenal pasti penyebaran ajaran sesat melibatkan dua medium iaitu secara media sosial serta fizikal.

“Ketika ini, banyak ajaran sesat disebarkan melalui media sosial dan mereka ini seperti Si Hulk dan Ahmadi menyebarkannya di luar negara.

“Kalau mereka buat dalam negara, agak mudah untuk tangkapan dan penguatkuasaan, isu mereka di luar negara dan melalui sosial media,” ujarnya.

Menurut Mohd. Na’im, medium fizikal pula berlaku melibatkan sempadan di mana merujuk kepada perkahwinan di luar sempadan.

“Sebagai contoh, mereka di Wilayah Persekutuan iaitu mana-mana suami yang mahu poligami, perlu dapatkan kebenaran dari Hakim Syarie Wilayah Perseketuan, begitu juga di negeri.

“Sebab apa berlaku, mereka kahwin di Selatan Thailand iaitu luar sempadan. Jadi, bila kesalahan itu berlaku, bagaimana bentuk penguatkuasaan dan dakwaan dilakukan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... mbangkan-mohd-naim/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.208148 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list