CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2640|Reply: 0

[Terengganu] Aidiladha beri rezeki kepada tukang asah pisau

[Copy link]
Post time 8-6-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode

Syed Ahmad Syarqawi sedang melakukan kerja membaiki dan menajamkan mata pisau pelanggan yang semakin meningkat menjelang Aidiladha. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Terengganu: Penyembelih ternakan dari Kampung Gong Pipit, dekat sini, tidak menang tangan membaiki dan mengasah mata pisau menjelang sambutan hari raya Aidiladha.

Syed Ahmad Syarqawi Syed Idrus, 41, berkata, kerja membaiki dan mengasah mata pisau mula sibuk sejak dua bulan lalu.

Menurutnya, selain membaiki dan menajamkan mata pisau dia turut menjual pelbagai jenis pisau yang biasanya digunakan untuk aktiviti penyembelihan dan melapah ternakan yang disembelih.

Katanya, menjelang Aidiladha rutin hariannya semakin sibuk kerana banyak bilah pisau dihantar kepadanya sama ada untuk dibaiki atau ditajamkan mata senjata itu.


"Permintaan terhadap pisau skinning (lapah) dan boning (guna celah tulang), butcher knife untuk sembelih turut mendapat permintaan.

"Alhamdulillah, dengan pengalaman selama 25 tahun dalam bidang membaiki dan menajamkan pisau dapat membantu pelanggan yang ingin melihat mata pisau mereka kembali kelihatan menarik," katanya.

Menurutnya, upah pula bergantung kepada mata pisau yang dibaiki dan ditajamkan biasanya setiap satu inci berharga RM2 namun bagi mata pisau biasa iaitu pisau kegunaan suri rumah hanya dikenakan RM5.

Katanya, kebanyakannya pisau itu diimport dan ada juga pisau tempatan dengan harga RM30 hingga RM1,600 sebilah bergantung kepada kualiti.

Ahmad Syarqawi berkata, pelanggannya terdiri daripada penduduk setempat dan ada juga dari luar negeri ini, namun bagi yang jauh biasanya akan menggunakan kaedah pos.

"Menjelang Aidiladha tahun ini, sudah lebih 100 bilah pisau yang dibaiki dan ditajamkan matanya, dihantar oleh pelanggan," katanya.

Menurutnya, aktiviti membaiki dan menajamkan mata pisau akan berterusan sehari sebelum hari raya Aidiladha hingga keesokannya.

Katanya, dia menggunakan peralatan tertentu sama ada yang diubah suai ataupun yang siap di pasaran bagi tujuan untuk membaiki dan mengasah mata pisau.

"Mata pisau akan ditentukan sudutnya menggunakan alat penimbang sudut bagi menentukan darjah mata pisau yang ingin diasah.

"Mata pisau yang rosak juga perlu melalui proses tertentu sebelum diasah dan pisau berkenaan boleh digunakan kembali," katanya.

Menurutnya, pisau untuk aktiviti penyembelihan mempunyai peminatnya tersendiri dan hanya pemilik dan peminat yang mengetahui unit pisau mereka dalam berkeadaan baik atau sebaliknya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-tukang-asah-pisau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 1.308555 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list