View: 10103|Reply: 0
|
Masa Harimau Malaya pamer semangat pejuang
[Copy link]
|
|
PAN-GON gesa pemain beri yang terbaik apabila turun berdepan Taiwan. -FOTO FAM
Kuala Lumpur: Barisan 'pejuang' skuad Harimau Malaya digesa mengerah segala keringat bagi memastikan kemenangan besar mampu dilakar apabila turun berdepan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
Gesaan itu diluahkan pengendali pasukan, Kim Pan-gon yang mahu pemainnya berjuang sehabis mungkin bagi memastikan tiket ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tidak terlepas daripada genggaman pasukan.
"Sehingga wisel terakhir kami masih ada harapan, dalam bola sepak apapun boleh berlaku.
"Saya sangat bangga dengan kesemua pemain Malaysia di mana mereka beri kesungguhan, keputusan (seri 1-1 dengan Kyrgyzstan) tidak memihak kami kerana kami mahukan kemenangan.
"Kami akan terus berjuang hingga wisel penamat. Terima kasih kepada penyokong Malaysia yang terus bersama pasukan, saya amat terharu," katanya yang berasal dari Korea Selatan.
Selepas seri dengan Kyrgyzstan, anak buah Pan-gon tiada jalan lain apabila wajib meraih kemenangan ke atas Taiwan.
Bukan saja memerlukan tiga mata penuh, jaringan besar turut diperlukan dengan sekurang-kurangnya lapan gol sambil mengharapkan Oman menumbangkan Kyrgyzstan di Muscat.
Ketika ini, Malaysia menghuni tangga ketiga Kumpulan D kelayakan dengan tujuh mata, manakala Oman di kedudukan pertama 12 mata dan Kyrgyzstan kedua dengan 10 mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... er-semangat-pejuang |
|
|
|
|
|
|
| |
|