CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9910|Reply: 0

Lukaku ledak dua gol benam Luxembourg

[Copy link]
Post time 9-6-2024 11:00 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Belgium, Leandro Trossard meledak gol ketiga ketika aksi persahabatan menentang Luxemborug di Stadium Badouin King, Brussels. - Foto AFP



BRUSSELS: Romelu Lukaku melebarkan rekod jaringannya untuk Belgium dengan meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Luxembourg pada aksi persahabatan terakhir sebelum Euro 2024.

Lukaku menyempurnakan penalti minit ke-42 untuk gol antarabangsa ke-84nya dan menolak masuk gol kedua selepas mendapat umpanan Jeremy Doku.

Leandro Trossard melengkapkan kemenangan Belgium sepuluh minit sebelum tamat permainan.

Belgium yang turun dengan skuad terbaiknya bermula baik tetapi percubaan awal Kevin De Bruyne dan Lukaku digagalkan benteng Luxembourg.


Trossard turut mendapat peluang manakala Doku sering menyusahkan pertahanan lawan, tetapi masih belum berjaya menembusi benteng mereka.

Lukaku akhirnya memperoleh sepakan penalti selepas dikasari oleh Enes Mahmutovic.

Dia menyempurnakan sepakan berkenaan sebelum menambah jaringan pada minit ke-57.

Jaringan Trossard hadir pada minit ke-80 hasil hantaran Wout Faes, dan Belgium seharusnya menang lebih besar, namun beberapa percubaan dinafikan penjaga gol pelawat, Anthony Moris.

Belgium akan memulakan kempen Euro 2024 menentang Slovenia di Frankfurt pada 17 Jun. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ol-benam-luxembourg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.041594 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list