View: 7455|Reply: 10
|
“Mak Iti Sama Macam Apa Orang Lihat Di Luar..” – Tya Ariffin Segan Jumpa Datuk K, Dedah Peribadi Tok Ti Tak Berubah Di rumah
[Copy link]
|
|
Pelakon dan usahawan, Tya Ariffin mengakui pernah takut untuk bersemuka dengan bapa mentuanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau mesra digelar Datuk K sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Asyraf Khalid.
Menerusi sebuah podcast, Tya berkata perasaan itu lebih kepada segan dan hormat terhadap Datuk K. Katanya, bapa mentuanya itu mempunyai satu aura luar biasa yang membuatkan orang lain berasa segan.
"Dulu sebelum saya kahwin, saya rasa takut nak jumpa dengan ayah (Datuk K). Aura dia itu memang lain betul. Kalau nak jumpa rasa segan.
"Maksudnya dia orang yang sangat disegani. Saya juga respect dengan ayah, seorang yang manly father in law."
Bukan itu sahaja, Tya turut mendedahkan peribadi ibu mentuanya, penyanyi terkemuka Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika dirumah. Menurutnya, perwatakan Siti di rumah sama sahaja seperti mana yang orang luar lihat.
"Bila saya masuk dalam keluarga ini, apa yang saya nak cakap bukan fasal glamour. Tetapi tentang personaliti. Ayah dan Mak Iti (panggilan Siti) sama sahaja macam apa yang orang lihat di luar."
"Mak Iti seorang yang sangat baik hati. Dekat luar semua orang dia layan dengan baik. Dalam rumah pun sama, tak pernah marah. Jarang nampak tinggikan suara. Kalau marah pun dekat anak-anak je. Itu pun jarang."
Sekadar info, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
SUMBER : Instagram/Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye laaa mbak..gile ko nak kata mak itik dan tok misai macam-macam. Yang tau je tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini pun dikira gossip ke??????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Awai school holiday tuhari aii ada jumpak tya& kids ni kat waterpark Langkawi..tapi tak tegoq pun..ank dia mcm taknak bercampoq dgn kids lain. Ank2 aii yg terlebih friendly mula nk tegoq tp aii xbagi sbb xmau kacau privacy..just senyum gitu jaa laa..tp semua xpedulik pun dia retis..depa ja yg syork sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
semua org tau mak iti baik... yang mental jeh ckp bukan2 |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 11-6-2024 05:20 PM
Awai school holiday tuhari aii ada jumpak tya& kids ni kat waterpark Langkawi..tapi tak tegoq pun..a ...
Retis ke dia?,rsnya org pon xkenal dia siapa |
|
|
|
|
|
|
|
Imkhai replied at 11-6-2024 08:39 PM
Retis ke dia?,rsnya org pon xkenal dia siapa
Sebab tuu laa kot kitaog pun ignore jaa dia![](static/image/smiley/default/lol.gif) tp dia pun relax2 jaa takdak laa mendiva ka apa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|