CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24783|Reply: 11

Anzalna Nasir dah pilih sekolah untuk anak-anak sejak mereka bayi lagi

[Copy link]
Post time 16-2-2025 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Suami kepada pelakon Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki mendedahkan bahawa isterinya sudah membuat tinjauan beberapa sekolah khas buat anak-anak mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hanif, 38, memaklumkan suri hatinya memang sangat teliti tentang masa depan anak-anak terutamanya berkaitan hal pendidikan.



“Anzalna memang sangat teliti lebih-lebih lagi fasal pendidikan sebab itu dia pilih untuk tak berlakon.

“Dia nak besarkan anak dahulu tetapi saya bersyukur juga sebab boleh fokus kerja.

  


“Dia mula buat tinjauan sekolah sejak zaman PKP, ketika itu anak saya masih bayi,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sesi duta Jakel bertemu pengunjung di sini hari ini.

Sementara itu, pemilik nama lengkap Nur Anzalna Md Nasir, tidak kisah untuk menghantar mana-mana sekolah asalkan selesa buat anaknya.

  


“Tahun ini Eidress 6 tahun, saya dah ambil berat tentang sekolah mana nak hantar.

“Apa saya buat adalah buat tinjauan antara sekolah antarabangsa dan kerajaan sebab nak tengok perbezaan dan mana lebih sesuai dengan anak.

“Kita pun bekerja untuk masa depan anak, jadi memang nak berikan yang terbaik.

“Selepas buat tinjauan, mana-mana sekolah okey cuma anak kita kena selesa,” ujarnya.

  


Kongsinya lagi, segala usaha tersebut dilakukan semata-mata mahu anaknya melalui apa yang dilaluinya semasa kecil.

“Saya suka fikir masa depan. Biar kita buat persediaan pada awal.

“Dari kecil pun saya sekolah di luar, saya nak anak rasa apa yang saya lalui waktu kecil.

“Bagi saya, macam mana pun nak pilih sekolah terbaik untuk anak,” jelasnya.

  


Sebelum ini, Anzalna dan usahawan, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 6 dan Mohamad Emirhan yang kini berusia tiga tahun.

  


Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2025 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia tgk melayan je anzalna ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pikir la anzel, duit ada semua pon jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2025 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki sungguh sheol ni. Muka lawa gila, dpt husband yg betul2 syg dia then ank2 herlok, laki pon berduit
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg skrg mak2 mcm ni kan plan siap2 dah

anzalna ni lawa gila tgk..baju2 jakel tu elok je terletak dia pakai
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kosser baca tajuk kata dah jumpa sekolah tapi dalam tulis tak kisah mana selesa. Buang masa aku baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2025 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Effortlessly beautyyyyy..berhijab atau rambut kepok2 anzel mmg letops sejak dr dulu. X pyh pakai segala maknekek filter pun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik warna purple tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah besar nanti mesti ada iras nicholas saputra deduanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 17-2-2025 12:38 PM
mmg skrg mak2 mcm ni kan plan siap2 dah

anzalna ni lawa gila tgk..baju2 jakel tu elok je terletak d ...

Ha ah..dia pakai terletak je rasa nk beli tp kena la sedor diri cutting tak sama
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya anaknyaa. Meols suka budak rambut kerinting ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yer memang cantik orangnya
Kulit putih bersih gebu2 pinkish
Suami pun sayang
Anak2 pun sempurna kacak2 herlok
Duit pun banyak
Maka nikmat manakah lagi mahu kau dustakan
Eloklah dia fokus kat anak2 dan family
Keje2 luar tu hanya sekadar sampingan je
Rezeki dia tak perlu struggle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.103282 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list