CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9653|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bersara awal: KPM laksana pelbagai mekanisme naikkan semangat guru

[Copy link]
Post time 27-6-2024 11:33 PM | Show all posts |Read mode
Bersara awal: KPM laksana pelbagai mekanisme naikkan semangat guru


Nur Izzati Mohamad[email protected]




Fadhlina Sidek. FOTO FAIL BERNAMA





Nibong Tebal: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pelbagai mekanisme dalam meningkatkan semangat guru untuk terus memberi khidmat mendidik anak bangsa sebelum mereka bersara wajib.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata antara pendekatan yang diambil adalah dengan program bersifat psikometrik, sokongan dan dokongan termasuk pengurusan berkaitan kenaikan pangkat.

Bagaimanapun katanya, KPM menghargai semua pilihan guru yang memilih untuk bersara awal atas pelbagai alasan.

"Saya fikir yang hendak sara awal ini pun maknanya mereka memilih untuk bersara awal itu, atas alasan-alasan kuat, seperti kesihatan, tidak berminat atas alasan keluarga yang saya fikir ruang itu pun kita beri sepenuhnya kepada guru-guru kita.

"Jadi (dalam hal untuk mengelak guru bersara awal) dari semasa ke semasa (KPM) memang ada program (mekanisme menaikkan semangat guru) itu.

"Contoh program bersifat seperti psikometrik, sokongan dan dokongan begitu juga dengan pengurusan berkaitan kenaikan pangkat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas langkah diambil KPM dalam mengatasi isu guru memilih bersara awal ketika menyantuni peniaga di Pasar Malam Sungai Duri, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada isu itu akan memberi kesan terhadap sistem pendidikan memandangkan ada sekolah berdepan kekurangan guru, Fadhlina berkata ia bukan satu perkara yang merencatkan perkembangan KPM.

"Saya tidak rasa begitu (guru bersara awal merencatkan operasi pendidikan). Sebenarnya, setiap tahun memang akan ada guru bersara sama ada wajib atau sara pilihan.

"Kita telah atasi (kekosongan guru ini) melalui intervensi yang (kita) lakukan di peringkat kementerian khususnya kerjasama erat kita dengan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) yang telah menunjukkan hasil bagi saya memberangsangkan.

"Pengisian guru setakat ini seluruh negara adalah 98 peratus jadi kita telah selesaikan banyak khususnya semasa ada aduan di peringkat kekurangan guru di Sarawak dan kita telah mengisi (kekosongan itu) dan ia berlangsung di seluruh negara dengan kerjasama erat daripada SPP," katanya.



Disiarkan pada: Jun 27, 2024 @ 9:29pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.191314 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list