View: 27595|Reply: 178
|
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
[Copy link]
|
|
Edited by esteryen at 1-7-2024 06:56 PM
Syarikat pembangun aplikasi gaya hidup muslim, TheNoor menegaskan bahawa aplikasi tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan penularan promosi produk berunsur lucah yang dikeluarkan oleh jenama syarikat usahawan terkenal Neelofa.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook (FB), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama iaitu Mohd Izzairi Yamin berkata, TheNoor sama sekali tidak bersetuju dan mengecam penggunaan gambar berunsur lucah untuk tujuan promosi bagi produk tersebut.
Selaku CEO dan Co-Founder TheNoor saya tidak bersetuju sama sekali penggunaan image atau postings berunsur lucah (haram) untuk tujuan marketing, promotion dan sewaktu dengannya.
Ramai juga yang mengecam kononnya TheNoor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar-gambar tular yang tidak beretika. Kami ingin tegaskan bahawa TheNoor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut.
TheNoor tidak terlibat sama sekali dalam penghasilan atau pengedaran gambar tersebut. Kandungan yang dimaksudkan itu hanya berkaitan dengan produk lain dan tidak mewakili strategi pemasaran atau piawaian etika TheNoor. Di TheNoor, kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran.
Dalam pada itu, Izzairi berkata pihaknya komited bagi memastikan isu seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang dengan berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut diperingkat dalaman.
Komitmen kami untuk mengekalkan jenama yang profesional dan menghormati masyarakat tidak akan pernah berubah. Kami amat kesal atas sebarang kesulitan atau salah faham yang mungkin telah menggusarkan pelanggan, rakan kongsi, dan pihak berkepentingan kami.
Kami mengambil serius perkara ini dan sedang menyelesaikan hal ini di peringkat dalaman untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.
TheNoor tetap komited untuk mengekalkan piawaian integriti dan profesionalisme yang tertinggi dalam semua aspek perniagaan kami.
Kami menghargai semua yang memahami dan yang berterusan menyokong kami ketika kami menangani situasi ini.
Terdahulu, akaun Instagram rasmi Nilofa Group, memaparkan beberapa foto objek yang seakan-akan menyerupai alat sulit wanita telah dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan produk untuk mengeratkan hubungan suami isteri.
Namun, perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warga maya malah mereka menyifatkan foto-foto yang dikongsikan itu seakan tidak menjaga sensitiviti masyarakat selain mempunyai unsur ‘soft porn’.
Bukan itu sahaja, tindakan tersebut dikatakan kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang berhijab dan berpurdah.
Tidak lama selepas isu tersebut mendapat perhatian ramai, pihak Nilofa tampil membuat permohonan maaf.
Kredit : OHBulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x btl saman je lah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-7-2024 08:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
karipap_sadin replied at 1-7-2024 07:28 AM
Kalau x btl saman je lah
kan, serupa masa kes mama rimau post psl kerabat selatan, dan2 tiberr pusing konon hp tu dipegang oleh PA mama rimau nangis dan post tu di post oleh PA |
|
|
|
|
|
|
|
ye la tu tak terlibat. senang betul kasi kenyataan mcm ni.
biasa retis/ org kenamaan/ kayangan mcm ni lah. dah buat salah, either being defensive or cuci tangan.
takde nak bertanggungjawab langsung.
senang citer, product pun sampah, so tutup je la semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
nak luluskan bukan dapat permission bos dulu ke
senang betul ek |
|
|
|
|
|
|
|
The Noor ni kan yg apps tu.... Nilofa ni yg JV dgn cousin dia...biz entity lain2. Pandai betul dia twist kan fakta. Mcm yg dia pi honeymoon Langkawi pastu suruh Chatatime boss cover utk dia. |
|
|
|
|
|
|
|
alasan mudah nak keluar dr masalah yg sendiri create |
|
|
|
|
|
|
|
MCMC pun senyap tak berkutik,dasar double standard pilih bulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aemon at 1-7-2024 10:08 AM
aku faham je maksud org the noor ni.
sebabnya lopak ni bangang.banyak benar dia buat jv + ada shareholder dgn mana2 company.
jadi bila satu taik tertepek kat kaki, satu badan terasa bau tahi tu. the noor apps utk waktu solat.sedangkan iklan pepek tu untuk nilofa group.nk kecam kena kecam yg founder asal nilofagroup. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi katanya repost juah kan?
so? |
|
|
|
|
|
|
|
The Noor ni apps muslim. Lain dari produk makanan dan lain2 Lofa. Sian semua kumpulan pekerja The Noor. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 1-7-2024 09:34 AM
Ada kambing panggang?
Kambing hitam ke putih? |
|
|
|
|
|
|
|
siapakah yg akan digulai khormakan kali ini??adakah kambing itam masak karipuley? |
|
|
|
|
|
|
|
tudddiiiiiaaaa. madinah woii!!
berani2 hangpa pitenah mama ghimau.. she at madinah meyh??
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hypothetically at 1-7-2024 10:48 AM
Rogue98 replied at 1-7-2024 09:44 AM
The Noor ni kan yg apps tu.... Nilofa ni yg JV dgn cousin dia...biz entity lain2. Pandai betul dia t ...
N they think org lain bodoh tak mampu berfikir senang nak di manipulate, i bet u mmg dorang dah ready with all sorts of excuses. Bila keluar product baru mesti ada je some kind of controversy that came out with it, this is not the first time. Technic dah lapuk n u expect people to fall for it again n again. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp theNoor tu nk trigger pulak ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|