CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12207|Reply: 76

Zarina Zainuddin Doa Adira Dan Datuk Red Kembali Rujuk - “Iyalah, Kita Sudah Ada Anak, Lelaki Lain Nak Kita Pun Buat Apa? "

[Copy link]
Post time 10-7-2024 08:49 AM | Show all posts |Read mode




Pelakon terkenal, Zarina Zainuddin, baru-baru ini meluahkan harapannya agar penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red, kembali bersama.


Zarina berpendapat bahawa Datuk Red merupakan lelaki yang paling memahami Adira setelah melalui pahit manis kehidupan bersama sebelum ini.


“Akak doakan kau rujuk balik dengan bekas suami, amin. Duit cari bersama, susah dan senang pun sama-sama. Dia sahaja yang faham kau walau sebenarnya dia buat-buat tak faham,” kata Zarina dalam ruangan komen sebuah hantaran Instagram.


Zarina juga bersetuju dengan pendapat Adira sebelum ini yang menganggap berkenalan dengan lelaki pada usia sekarang adalah perkara yang membuang masa.








“Iyalah, kita sudah ada anak, lelaki lain nak kita pun buat apa? Lebih baik cari orang yang betul-betul anak kita sayang, tak perlu paksa terima orang baru. Kalau sudah memang bapa sendiri, mestilah sayang. Bercinta ketika masa mula-mula dulu, sekarang apabila sudah ada anak, kita lebih fikir perasaan mereka,” tambahnya.


Menurut Zarina, anak-anak memerlukan bapa kandung mereka lebih daripada lelaki lain.


“Budak-budak itu perlukan bapa mereka bukan lelaki lain dan akan rasa orang lain menyibuk. Melainkan anak-anak itu sudah besar sebab mereka pasti tak kisah, asalkan ibu mereka gembira,” katanya lagi.


Sebelum ini, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, menerusi sebuah video tular menegaskan bahawa dia sudah muak untuk berkenalan dengan orang baharu. Baginya, perkara tersebut hanyalah membazir.


Dalam video sama, pelantun lagu “Ku Ada Kamu” yang bersiaran langsung bersama Datuk Red memberitahu dia malas mahu memperkenalkan serba-serbi kehidupannya.


Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan Datuk Red dan tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah kerana memahami kewangan bekas suami.


Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, yang kini berusia dua tahun.


Semoga doa Zarina Zainuddin untuk Adira dan Datuk Red mendapat pengakhiran yang bahagia dan terbaik buat keluarga mereka.




Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 09:00 AM | Show all posts
Eh, ko dah pehal?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk bini pertama tokred, awak doakan tak mereka rujuk? Mereka pun ada anak bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahpape la dia ni. Fokus je la kat family sendiri. Ada anak sorang lagi yang sakit kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:16 AM | Show all posts
kau pun laki kawin sebab kesian kak... takyah la duk menyibuk.. siapa je nak hutan amazon macam tu...laki mata kerow kau je lah... tu pun berkongsi.. memang la ko tak cari lain sebab dah semua orang tengok ko posing atas kusyen dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasar dua ekor penyodol mabuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
diam la makcik
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 10:15 AM | Show all posts
pada i yang liberal ni,untuk adira, kalau laki ko blh try beberapa lubang b*rit, apa salah ko juga merasa beberapa jenis b*tang..

sesekali try flavor lain..asik laki ko je nak test beberapa flavor..ko juga berhak sis..

xde la bosan asik mengadap muka tu je, style itu je, posisi gitu je..boring sis.. cari laki lain..explore the fun kata orang..

pelbagaikan gaya kehidupan anda.. ko bukan xlaku dira mcm makcik pulut kuning tu..

sekian pendapatan dan pendapatan saya..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 10:16 AM | Show all posts
doa tu utk bini no 1 tokred tu sekali tak
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 10:28 AM | Show all posts
Lahh, ni presiden apa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 10:30 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 10-7-2024 01:16 AM
kau pun laki kawin sebab kesian kak... takyah la duk menyibuk.. siapa je nak hutan amazon macam tu.. ...

nangis acik zarina baca komen u ni, harap tak nangis jerit2.. Dah lah berlakon tak best, over gila tu pun org cakap dia berlakon best
macam dala citer teduhan kasih tu, kuang hajar adalah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni xreti diam ek
Semua benda nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 10:37 AM | Show all posts
makcik nih baik lar dok dendiam jer dari komen dok asyik nak suruh org get back ngan tok laki yg bermasalah......

masa kes putik jagung ngan bella penyek pon dia dok sibuk soh si penyek balik semula ko putik kan......

yg takder sapa nak tuh, awak makcik weiiii......

si adira, si penyek, si PS tuh semua ada jer yg tgh ushar2 dari kejauhan...... derang ada rupa, ada bakat dan pandai cari duit...... takyah nak hadap tok laki yg  bermasalah.....

makcik sila jaga anak2 dan tok laki makcik sajork yer... klu ada duit yg cukup, makcik leh cuba renovate plak muka makcik, since makcik dah renovate idung kannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
apa pun geli la tgk adira ni dgn ex husband. nyata sangat x move on
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:14 AM | Show all posts
Dia sahaja yang faham kau walau sebenarnya dia buat-buat tak faham
eeh perempuan bangang ni...  ko pukul rata semua orang sama ke hape ni?  ko ingat tu je satu2nya jantan yang faham isteri dia???  berlambak la yang jumpa lelaki/ perempuan yang lebih memahami dan menyayangi masa perkahwinan kedua/ ketiga/ keempat...

pastu stop la gunakan anak2!!!  ko dah apahal sikit2 nak ugut guna alasan ana2?!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:16 AM | Show all posts
move on jelah. kot dpat laki yg lagi baik dr ex husband.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 11:18 AM | Show all posts
matjerk replied at 10-7-2024 09:00 AM
Utk bini pertama tokred, awak doakan tak mereka rujuk? Mereka pun ada anak bersama.

ntah apa2 ntah.... abis tu bini pertama tu apa???
anak bini pertama tu ko ingat dia org tak nak bapa dia org ker???
makcik ini senyap la....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:20 AM | Show all posts
royaldanish replied at 10-7-2024 10:40 AM
apa pun geli la tgk adira ni dgn ex husband. nyata sangat x move on

da laki tu tak berharta uoollss..
bangkrup... haruslah gedik2 dengan ex bini uoolllss...
kot2 ler ex bini nak terima biawak nih....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 10-7-2024 03:20 AM
da laki tu tak berharta uoollss..
bangkrup... haruslah gedik2 dengan ex bini uoolllss...
kot2 ler  ...

kalau dh selalu sangat live bersama sebab cari duit.. last last jatuh ke riba
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 10-7-2024 03:18 AM
ntah apa2 ntah.... abis tu bini pertama tu apa???
anak bini pertama tu ko ingat dia org tak nak ba ...

Dia bercakap utk diri dia as bini ke 2 agaknya...
So, dpt lah bini kedua tu upgrade jadi bini pertama. Gitu kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065296 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list