CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59536|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ramai kontraktor Melayu 'sakit', kos binaan melambung

[Copy link]
Post time 20-7-2024 07:42 AM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN Harun (duduk tengah) dan Mohd Rosdi Ab Aziz (duduk kanan) bersama peneraju PKMM Negeri Sembilan di Seremban semalam. FOTO Mohd Amin Jalil


Seremban: Semakin ramai kontraktor Bumiputera di seluruh negara tertekan susulan kenaikan mendadak harga barangan bahan binaan seperti besi, simen dan konkrit serta kadar sewaan peralatan mesin kejenteraan

Perkara itu didedahkan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz yang meminta kerajaan melakukan semakan terhadap jadual kadar kerja ditawarkan bagi membantu kontraktor terutama dalam kalangan kontraktor G1 dan G2 (projek bawah RM500,000).

Beliau berkata, semakan itu diharap dapat dilakukan berdasarkan suasana pasaran sebenarnya dan bukannya mengikut tempoh tertentu.

Katanya, kenaikan harga barangan bahan binaan seperti besi, simen dan konkrit serta kadar sewaan peralatan mesin kejenteraan secara mendadak jelas tidak dapat dielakkan dan ia sangat menekan kontraktor Bumiputera.



"Apabila berlaku pelarasan harga minyak diesel, harga bahan binaan terus melonjak, sebagai contoh harga besi naik sampai 30 peratus, tapi jadual kadar kerja masih menguna pakai kadar tahun lalu.

"Sebab itu kita mencadangkan kepada kerajaan agar dapat menyemak kembali jadual kadar kerja terutama yang akan ditawarkan kepada kontraktor G1 dan G2 sebab terdapat 80 peratus daripada jumlah keseluruhan 133,000 kontraktor berdaftar di negara ini ketika ini adalah kalangan G1 dan G2.

"Bahkan di Negeri Sembilan saja terdapat sekitar 91 peratus kontraktor G1 hingga G4 daripada keseluruhan lebih 6,000 kontraktor berdaftar," katanya selepas Majlis Penutup Mesyuarat Agung PKMM Negeri Sembilan Kali Ke-46 2024 dan Pelancaran Majlis Kontraktor Generasi Baru (MKGB), di Klana Resort di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mohd Rosdi berkata, kenaikan harga bahan binaan bukan saja kontraktor yang menanggung beban tetapi akan memberi kesan kepada kerajaan kerana sebahagian besar projek-projek utama akan terjejas.

Beliau berkata, ini disebabkan kontraktor terpaksa menangguhkan kerja secara berkala dan kemungkinan projek terpaksa ditamatkan apabila kontraktor tidak lagi mampu untuk menampung kenaikan kos tinggi yang berpunca daripada kenaikan barangan bahan binaan.

"Situasi ini akan memberi kesan kepada kerajaan tidak dapat menyediakan kemudahan kepada rakyat sekali gus nama baik kerajaan terjejas kerana gagal menyelesaikan projek-projek pembangunan.


"Memang kita akui kenaikan harga bahan binaan ini bukan membabitkan semua item, besi kontrit naik sampai RM30 bagi setiap satu meter, malah sewa backhoe mencecah RM600 sekarang.

"Walaupun ada pihak yang beranggapan bahawa kenaikan itu tidak wajar berlaku tapi realitinya sedang berlaku di pasaran," tegasnya


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.183910 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list