CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17906|Reply: 0

[Johor] Jasad Haqim ditemukan tersangkut di batu

[Copy link]
Post time 23-7-2024 06:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-7-2024 12:47 AM


Mayat Haqim Abdul Rahim Lee ditemui pasukan bomba dicelah batu-batuan di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, pada jam 7.45 pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA


Kota Tinggi: Pekerja kedai jual peralatan sukan, Haqim Abdul Rahim Lee, 20 yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakannya di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, semalam, ditemui lemas, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Mohammad Saifulizam Mohd Rofi berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut di batuan pantai oleh bomba.

"Pasukan penyelamat membuat pencarian lebih kurang dua kilometer (km) dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

"Mangsa ditemui pada jarak satu kilometer daripada lokasi terakhir mangsa dilihat pada jam 7.45 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka sejak semalam untuk tugas Search And Rescue (SAR) dengan membabitkan penugasan dari agensi penyelamat terdiri daripada PDRM Kota Tinggi, Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).

"Usaha SAR yang digunakan untuk mencari dua mangsa lemas oleh agensi penyelamat adalah dengan menggunakan kaedah pencarian di persisir pantai dan juga penggunaan drone.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Semalam, dilaporkan dua lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi ketika berkelah di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar di sini, lebih kurang jam 9.38 pagi

Pada sebelah petang, mayat mangsa dikenali sebagai Muhammad Syahmie Zamzam, 26 ditemui pada jam 3.19 petang, pada jarak 100 meter dari pantai Batu Layar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054506 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list