View: 20114|Reply: 83
|
“Saya Rasa Lebih Selamat Anak-Anak Dibesarkan Di Malaysia, Dalam Persekitaran Islam” – Josiah Hogan Sedia Lepaskan Status Kerakyatan AS
[Copy link]
|
|
Pelakon Josiah Hogan berkata dia sedia melepaskan status kerakyatan negara kelahirannya, Amerika Syarikat (AS) bagi meneruskan proses permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.
Memetik BH Online, Josiah berkata dia mengambil keputusan itu kerana mahu ketiga-tiga anaknya membesar dalam suasana Islam di Malaysia serta merasakan lebih selamat.
“Pertamanya, saya memilih untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia disebabkan memang menetap di sini dan berkahwin dengan orang tempatan. Saya buat semua ini juga kerana memikirkan masa depan anak-anak.
“Majoriti penduduk di Malaysia adalah orang Islam dan kita ada Raja yang menjadi simbol kepada agama di negara ini.
“Selain itu, saya rasa lebih selamat apabila anak-anak dibesarkan di Malaysia kerana mereka berada dalam persekitaran Islam,” katanya.
Sementara itu, pelakon berusia 38 tahun itu berkata dia sudah melalui proses mendapatkan warga negara Malaysia sejak empat tahun lalu dan kini dalam fasa akhir selepas mengemukakan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya.
“Semasa mengemukakan permohonan, saya ditanya apa yang boleh saya tawarkan sekiranya diterima sebagai warga negara dan saya jelaskan bekerja dalam industri kreatif tanah air.
“Sebenarnyam saya sudah berniat memohon kerakyatan Malaysia sejak 2019 selepas disarankan oleh bapa angkat, namun perkara ini tertangguh disebabkan pandemik COVID-19,” katanya.
Tambah Josiah lagi, dia perlu membayar AS$5,000 atau RM23,000 kepada negara kelahirannya itu bagi melepaskan kewarganegaraan AS.
Untuk rekod, Josiah berkahwin dengan Nurul Hidayu Mohamed Nordin pada Mei 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
SUMBER: BH Online/Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
Ada gambar lain yang menunjukkan anak dia 4 orang. Yang sulung tu anak dengan 1st wife. Tapi kenapa dia cakap dia stay Malaysia sebab nak pastikan 3 orang anaknya terpelihara islam? Anak pertama bukan Muslim ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tak kot. sbb dia mcm x convert kan walaupun mak dia bawak dia dr kecik duk mesia
|
|
|
|
|
|
|
|
Comey anak bini. Moga terus istiqomah dan tak disondol oleh penyondol macibai |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu macam pernah baca yang dia dah convert dari kecik sebab mak dia kawin dengan orang kelantan, ada muslim name juga apa tah nama dia lupa. cuma tak sure conversion tu registered ke tak so dia boleh la switch agama ikut suka |
|
|
|
|
|
|
|
Wife dia comel cuma bila pakai tudung sarung terus macam kakak-kakak hantar anak pi sekolah, macam tak percaya wife Josiah Hogan baidaway anak dia comel-comel dan bakala hensem dan cantik bila besar. |
|
|
|
|
|
|
|
muslim malaysia nijam lagi urban and rosak dari orang sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
achik suka lakonan abam josiah |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe: muslim malaysia nijam lagi urb ...
Dia berlakon cerita apa je? Mcm tak pernah dgr sampai keluar berita ni [em:12:]
Tak jugak. Seteruk2 kita masih simpan aib lagi. Jangan confuse dgn org2 yg nampak alim dtg buat lecture / events kat Malaysia.
Nak tgk average Muslim kat sana, boleh tgk series Ramy kat Hulu. Sampai 3 seasons dah. Hakikat yg walaupun mereka masih mengaku Muslim, masih bercium, londehkan seluar, minum depan kamera utk lakonan dan anggap ia sebagai "normal".
Seteruk kita, majoriti masih fhm utk tidak menyebarkan aib terang-terangan.Hoola: achik suka lakonan abam josiah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Josiah ni latino kan?
Jarang org melayu ngn kawen dgn set2 pedro ramirez ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Jaga leklok laaa...
Jangan sampai kena culik...
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tau dia ni sapa, tapi bagus la nk besarkan anak2 kt Msia |
|
|
|
|
|
|
|
Sis suka lakonan abam Josiah, moga perkahwinan terjaga dari sondolan para oink oink |
|
|
|
|
|
|
|
watachiwa replied at 23-7-2024 09:56 AM
tak kot. sbb dia mcm x convert kan walaupun mak dia bawak dia dr kecik duk mesia
Maksudnya 2nd marriage ni baru dia convert ke?
Kalau macam tu, emak dia bukan kawin muslim lah kan? |
|
|
|
|
|
|
|
herlok anak2 dia.maybe anak 1st ikut wife non muslim kot. |
|
|
|
|
|
|
|
okey lulus sebab rupa helok. |
|
|
|
|
|
|
|
Josiah ni dok kontan. Mse mula2 msuk skolah aku tu,kemain kegilaan ramai. Dia.ni convert mse mak dia kawin ngan bapak tiri dia ni.Ad je dok kontan. Bini nurse uia. Dia.pun dh gaya org melayu dh. Walaupun roper mcm mat salleh. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la buang us citizenship tu....kalau tak sampai ke lubang cacing irs dok kejar utk tax yang sgt2 tinggi tu... |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 23-7-2024 01:49 PM
elok la buang us citizenship tu....kalau tak sampai ke lubang cacing irs dok kejar utk tax yang sgt2 ...
tapi kalau income derived from Malaysia, US punya IRS boleh kejar lagi ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai ke lubang cacing pun dorang cari......especially bila dah dikenali mcm josiah ni...lagi senang irs nak detect....unlike malaysia and some other countries (canada pun mcm malaysia), income di luar negara adalah tax free.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|