CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20470|Reply: 0

[Sarawak] Jambatan Bintulu-Jepak capai 82 peratus siap, dijangka dibuka kepada orang ramai Feb tahun depan

[Copy link]
Post time 26-7-2024 07:37 AM | Show all posts |Read mode


Uggah (enam kanan) bersama jurutera dan pegawai-pegawai kanan JKR serta pihak kontraktor merakam gambar di atas Jambatan Bintulu-Jepak pada 21 Julai 2024.-Gambar Unit Komunikasi Korporat JKR Sarawak.

BINTULU: Jambatan Bintulu-Jepak yang kini penyiapan pembinaannya mencapai 82 peratus dijangka dibuka untuk kegunaan orang ramai menjelang Februari tahun depan, kata Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya, projek pembinaan itu kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap.

“Saya telah diberi taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan saya gembira dengan kemajuan projek ini," ujarnya semasa lawatan kerja ke tapak projek pembinaan jambatan tersebut baru-baru ini.

Beliau berharap jambatan ini akan dibuka untuk kegunaan orang ramai menjelang Februari 2025.

Meskipun menghadapi beberapa cabaran kata Uggah, pasukan pembinaan jambatan ini telah menyelesaikannya dengan berkesan sekali gus memuji semua pihak yang terlibat termasuk kontraktor dan JKR atas usaha gigih mereka.

"Jambatan ini merupakan satu kebanggaan bagi Sarawak kerana ia antara jambatan penting yang dibina di negeri ini," katanya sambil menambah projek Jambatan Sebauh pula telah mencapai pembinaan 20 peratus siap.

Katanya, sebelum ini jambatan tersebut dikategorikan sebagai projek bermasalah tetapi kini pembinaannya dijangka siap mengikut jadual berikutan pelantikan kontraktor penyelamat.

Turut mengiringi lawatan beliau ialah Pengarah JKR Sarawak Ir Dr Cassidy Morris, Jurutera JKR Bahagian Bintulu Lau Pit Hwa dan pegawai-pegawai kanan JKR Sarawak dan Bintulu serta pihak kontraktor.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.063943 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list