CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16905|Reply: 0

[Sabah] Galakkan anak-anak sertai pertandingan Filem Pendek China Sabah kali ke-7

[Copy link]
Post time 26-7-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-7-2024 06:39 AM



SERAH: Jimmy (dua kanan) menyerahkan poster pertandingan kepada Naib Pengetua Sekolah Menengah Kota Kinabalu, Chong Oi Yun dan menjemput guru-guru serta pelajar sekolah itu menyertai pertandingan berkenaan.

KOTA KINABALU: Pihak sekolah dan ibu bapa dimohon menggalakkan anak masing-masing menyertai Pertandingan Filem Pendek China Sabah kali ke-7.

Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), Jimmy Goh berkata, selain mampu meningkatkan kemahiran dan minat mereka dalam penggambaran filem pendek, ia juga boleh memupuk kebolehan bercerita dalam kalangan anak-anak melalui lensa kamera berkaitan persahabatan China-Sabah menurut perspektif mereka.

Untuk menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai pertandingan itu, Jimmy bersama Setiausaha KKJA Teo Jinn Jiun dan Ahli Jawatankuasa Chu Ping Tyng telah mengadakan kunjungan hormat terhadap sekolah-sekolah di sekitar Kota Kinabalu.

"Kita berharap melalui promosi pihak sekolah, pertandingan ini yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM40,000 dapat disampaikan kepada semua guru dan pelajar di sekolah-sekolah, agar mereka bersama-sama menjadi duta persahabatan China-Sabah.

"Pertandingan ini adalah anjuran bersama Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu dan KKJA dan tanpa disedari ia telah mencapai edisi ketujuhnya pada tahun ini.

"Saya berterima kasih atas sokongan dan penyertaan aktif pihak sekolah dan masyarakat umum dalam enam edisi sebelum ini.

"Pertandingan seumpamanya mampu terus mengumpul lebih banyak karya yang menyentuh hati serta menyumbang kepada pengukuhan hubungan persahabatan antara Sabah dan China," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pada ketika ini filem pendek sangat popular, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa banyak filem pendek tidak beretika dan mampu mengelirukan kanak-kanak.

Menurutnya, KKJA berharap melalui pertandingan itu mampu membolehkan anak-anak Sabah menerbitkan filem pendek yang mempunyai nilai dan bermakna dari perspektif masing-masing.

"Ini sekali gus akan membantu dalam perkembangan pemikiran minda anak-anak.

"Apabila didedahkan teknik penggambaran dan penyuntingan video dari usia muda, ia secara tidak langsung membentuk perspektif kehidupan yang berbeza.

"Dengan kemunculan industri filem pendek dan era kepakaran merentas bidang, menguasai lebih banyak kemahiran pasti akan meningkatkan daya saing mereka pada masa depan," katanya.

Pertandingan Filem Pendek China-Sabah ketujuh kini telah dibuka untuk penyertaan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.063750 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list