CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14699|Reply: 0

Mbappe akur Real Madrid tidak benarkannya beraksi dalam Sukan Olimpik Paris 2024 mewakili Perancis

[Copy link]
Post time 26-7-2024 08:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-7-2024 12:41 PM



PARIS: Kylian Mbappe (gambar) mahu menyertai Sukan Olimpik di tanahairnya tahun ini sementara ada harapan di mana Lionel Messi mungkin beraksi untuk Argentina, tetapi sebaliknya, acara sukan bola sepak lelaki di Sukan Olimpik 2024 Paris akan kehilangan tarikan bintang utama.

Sebagai kapten skuad kebangsaan Perancis dan atlet paling terkenal di negara  yang menganjurkan Sukan Olimpik tahun ini, kehadiran Mbappe dalam skuad Olimpik Perancis yang dibimbing Thierry Henry, pastinya memberikan perangsang besar kepada penganjur dan juga peluang pasukan memenangi pingat emas,

Tetapi Mbappe, 25, terpaksa menerima keputusan bahawa kelab baharunya, Real Madrid, tidak membenarkannya menyertai Sukan Olimpik, tidak lama selepas bermain untuk Perancis yang melangkah sehingga ke peringkat separuh akhir Euro 2024 di Jerman.
Ia adalah masalah dalam pertandingan bola sepak lelaki, yang bermula pada Rabu dan berlarutan sehingga 9 Ogos.

Kelab-kelab tidak diwajibkan melepaskan pemain untuk satu kejohanan diadakan di luar kalendar rasmi badan induk bola sepak dunia (FIFA) untuk bola sepak antarabangsa, selepas penganjuran Euro dan Copa Amerika.

Messi, sekarang berusia 37 tahun an sebahagian skuad Argentina yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2008 Beijing, menolak peluang dirinya berada dalam skuad Olimpik Argentina yang dibimbing Javier Mascherano, tidak lama sebelum Copa Amerika di AS, yang dimenangi oleh Argentina.

“Saya bercakap dengan Mascherano dan kami dengan segera bersetuju mengenai situasi ini,” kata Messi.

“Pada usia saya, saya tidak mahu bermain untuk segala-galanya dan saya perlu membuat pilihan tepat.”

Henry, bekas penyerang legenda Perancis, juga terlepas beberapa pemain lain yang dia harap dapat panggil untuk Sukan Olimpik.

“Kali terakhir saya menerima begitu banyak penolakan ialah ketika saya di sekolah tinggi,” katanya dengan nada berseloroh ketika mengumumkan senarai skuad yang mempunyai nama yang paling dikenali seperti Alexandre Lacazette, penyerang kelab Lyon berusia 33 tahun dan pemain baharu kelab Bayern Munich, Michael Olise.

Pertandingan bola sepak di Sukan Olimpik dihadkan kepada pemain bawah 21 tahun, tetapi hanya tiga pemain lebih usia dibenarkan dalam skuad.

Selain dari nama besar, kejohanan kali ini juga kehilangan pasukan Brazil, yang memenangi pingat emas di Rio de Janeiro pada 2016 dan berjaya mengekalkan kejuaraan mereka di Olimpik Tokyo 2020, menewaskan Sepanyol di final.

Brazil bagaimanapun gagal layak kali ini, tetapi Argentina mengintai peluang untuk memenangi pingat emas yang keenam berturut-turut untuk pasukan dari Amerika Selatan.

“Jelas sekali sasaran kami ialah untuk bersaing dan melangkah jauh, dan saya fikir kami mempunyai sebuah pasukan yang boleh melakukannya,” kata Mascherano, yang memenangi pingat emas sebagai pemain pada 2004 dan 2008.

Bersama-sama Julian Alvarez, penyerang kelab Manchester City yang memenangi Piala Dunia 2022 dan Copa Amerika baru-baru ini, mereka memiliki barisan pemain paling berprofail tinggi.

Argentina diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Iraq, Ukraine dan Maghribi, yang memanggil pemain pertahanan kelab Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi ke dalam skuad.

Perancis akan memulakan kempen menentang AS sebelum menentang Guinea dan New Zealand dalam Kumpulan A.

Juara 1992 dan pemenang pingat perak pada 2020, Sepanyol, memburu emas selepas kejayaan memenangi Euro 2024.

Nama-nama yang menyerlah di Euro 2024 seperti Lamine Yamal, tidak akan terlibat tetapi rakan sekelabnya di Barcelona, Pau Cubarsi, 17, akan beraksi untuk Sepanyol.

Sepanyol diletakkan dalam Kumpulan C bersama Uzbekistan, Republik Dominica dan Mesir.

Juara Asia Bawah 23 Tahun, Jepun – yang menyenaraikan skuad tanpa pemain lebih usia – diletakkan dalam Kumpulan D, bersama Paraguay, Mali dan Israel.

Perlawanan bukan hanya berlangsung di Paris, dengan kota Nantes, Bordeaux, Nice dan Saint-Etienne turut menjadi venue acara bola sepak.

Perlawanan separuh akhir akan diadakan di Lyon dan Marseille, sementara final akan berlangsung di Parc des Princes di Paris. — AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.044895 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list