Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil memberikan respon setelah dirinya dikritik sesetengah pihak semakin ‘gedik’ ketika berlakon iklan bersama seorang pelakon lelaki.
Kata Abby, aksi manja itu hanyalah salah satu babak dalam konten promosi sebuah produk kecantikan yang diusahakan pelakon lelaki itu bersama isterinya.
Advertisement
A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)
Ujarnya lagi, tiada langsung babak bersentuhan atau melampau dirakam dilakukan sepanjang penggambaran iklan itu.
Tak berat manapun konten ni, cuma buat untuk tarikan produk sahaja. Tak ada sentuhan, tak ada aksi bukan-bukan. Ambil mood pun dekat situ juga.
Tak ada skrip reading, tak ada sesi latihan beria. Jalan sahaja konsepnya. Jadi jangan serius sangat. Nanti kalau saya tegak je, kata kayulah, hilang taringlah. Ini jadi isu, maknanya apa? Masih berbisa okay. Dah jangan gaduh.
Terdahulu, ruangan komen satu hantaran Abby Abadi menjadi tumpuan warga maya gara-gara dia didakwa semakin ‘menggeletis’ sejak berat badannya turun dan semakin langsing.
A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)
|