CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15952|Reply: 0

Izara letak syarat selepas berhijab

[Copy link]
Post time 27-7-2024 02:00 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Selepas mendirikan rumah tangga dan menimang dua cahaya mata, perjalanan kerjaya pelakon jelita, Izara Aishah agak perlahan.

Mengakui agak memilih soal naskhah, namun, dalam masa sama fokus kepada tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan ahli perniagaan.

Bagi Izara atau nama sebenarnya, Izara Aishah Hisham, tidak mudah menjaga anak-anak masih kecil, berlakon dan menguruskan perniagaan serentak.

Meskipun tidak dapat rehat mencukupi, Izara tetap bersyukur dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga, lebih lagi, anak kedua belum sampai usia setahun.

"Tugasan ibu bukannya mudah, apatah lagi, saya memiliki perniagaan sendiri. Saya juga perlu utamakan suami dan anak-anak, jadi ia juga menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

"Tipulah kalau kata tak penat atau cukup tidur. Anak-anak pula masih kecil. Namun, apapun saya kena sesuaikan diri dengan keadaan.

"Saya percaya kalau buat semua ini dengan sabar banyak ganjaran akan diperoleh. Saya tiada rungutan, malah seronok.

"Saya juga tidak menolak rezeki dan merancang hamil dalam tempoh dua tahun lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Nunha Store di Mytown, Cheras, baru-baru ini.

Mengulas soal kerjaya seni, Izara berkata, dia lebih selektif selepas melahirkan anak kedua dan memilih membintangi filem berbanding drama.

Izara berkata, dia tidak berminat membawa watak dalam filem percintaan, sebaliknya terbuka membintangi filem bergenre kekeluargaan, realistik atau kisah benar.

"Saya tunggu tawaran filem kalau ada yang bersesuaian. Kalau boleh saya nak kurang berlakon drama dan beri ruang kepada pendatang baharu.

"Kalau ada tawaran filem bagus, saya akan ambil. Kebanyakan tawaran diterima kisah cinta. Jujurnya, saya tidak berminat dengan kisah cinta.

"Lagipun, masa penggambaran drama terlalu panjang, saya bimbang tak boleh nak seimbangkan antara keluarga, lakonan dan perniagaan.

"Saya pula jenis cerewet. Sebelum bertudung ada pelbagai syarat, apatah lagi, bila berhijab, lebih banyak syarat.

"Saya tak nak menyusahkan pihak produksi. Jadi, lebih baik saya tampil dalam filem bersesuaian dan bekerja dengan produksi yang boleh terima permintaan saya," katanya.

Izara mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 4, dan Amara Amina, 1.

Mula berhijab sejak 2021, namun memilih mendiamkan diri mengenai penghijrahannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.045100 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list