CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48059|Reply: 0

[Johor] RM140 juta bagi kerja naik taraf HSA

[Copy link]
Post time 27-7-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode

Bangunan Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru. Gambar fail.


JOHOR BAHRU: Kerja menaiktaraf kemudahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, sedang giat dijalankan membabitkan kos RM140 juta termasuk membina parkir bertingkat untuk orang ramai.

Selain itu, kerja menaik taraf itu turut membabitkan sistem bekalan elektrik, sistem penghawa dingin dan sistem saluran paip utama hospital. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, dalam dua tahun kebelakangan ini, peralatan perubatan di Johor menjadi topik perbincangan yang hangat.

"Kerajaan Johor melalui pelbagai usaha, telah meminta peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk meningkatkan dan menambah perkhidmatan.

"Kini, HSA sedang menjalankan kerja naik taraf sistem bekalan elektrik, penghawa dingin dan saluran paip utama bangunan hospital yang menelan belanja lebih RM140 juta," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Tian Soon mengadakan lawatan ke HSA untuk meninjau situasi di hospital berkenaan secara langsung.

Beliau berkata, HSA juga akan membina sebuah bangunan serba guna di dalam kawasan hospital bagi menggantikan perkhidmatan klinik pakar sedia ada, selain menyediakan perkhidmatan tempat letak kereta bertingkat. "HSA sudah mendapat kelulusan untuk membina sebuah bangunan serba guna di kawasan hospital bagi menggantikan perkhidmatan klinik pakar sedia ada dan menyediakan perkhidmatan tempat letak kereta bertingkat. "Cadangan ini telah diluluskan dan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan kajian dan penyediaan laporan penilaian awal untuk projek ini.

"Kami berharap semua persiapan berjalan lancar dan mendapat kelulusan serta peruntukan daripada pihak berkuasa untuk memulakan kerja-kerja pembinaan," katanya.

Sebelum itu, Ling turut mengadakan pemeriksaan mengejut di Klinik Kesihatan Tebrau di sini, pagi tadi.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu, pelbagai isu dikenal pasti dan pihaknya akan mengambil tindakan bagi menguruskan isu yang diutarakan.
"Klinik ini masih menghadapi masalah kekurangan kemudahan dan ruang walaupun projek naik taraf pernah dilaksanakan.

"Selepas pandemik COVID-19, semua klinik dikehendaki mempunyai Klinik Demam, iaitu tempat untuk merawat pesakit yang berkemungkinan mempunyai penyakit berjangkit secara berasingan daripada pesakit lain, namun pada masa ini, rawatan itu hanya dilakukan dalam khemah, yang jelas tidak kondusif.

"Bangunan klinik ini juga adalah reka bentuk lama dan tidak mempunyai penghawa dingin, jadi pada waktu petang atau ketika ramai pesakit, keadaan menjadi sangat panas," katanya.

Beliau menjelaskan, pegawai farmasi di bahagian farmasi juga memberitahu bahawa mereka bekerja dalam ruang yang sangat sempit dan memerlukan lebih banyak ruang.

"Selepas memahami keadaan mereka, saya akan mencari jalan untuk tindakan menguruskan isu-isu ini," katanya.

Tian Soon berkata, klinik kerajaan itu telah beroperasi lebih daripada 30 tahun dan kedudukannya di kawasan pembangunan pesat dengan populasi yang meningkat secara mendadak, menyebabkan klinik berkenaan menjadi sesak.

Katanya, klinik kesihatan itu mempunyai bahagian kecemasan, pesakit luar, ibu dan anak, pergigian, farmasi, makmal dan X-ray, yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 300 pesakit setiap hari.

Sebelum ini, katanya, klinik itu sudah menerima peruntukan sebanyak RM450,000 untuk menggantikan bumbung dan mengecat bangunan yang mana kerja yang dijalankan itu sudah hampir siap.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.134774 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list