CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1257|Reply: 0

Tunku Azizah kongsi detik Siti bertarung nyawa selepas lahirkan Aafiyah

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:24 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA: Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi cabaran getir Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bertarung nyawa sejurus melahirkan anak sulung, Siti Aafiyah, enam tahun lalu.

Tunku Azizah menganggap Siti yang menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan Aafiyah, diberi suatu keajaiban untuk terus hidup sehingga hari ini, rentetan insiden itu.

"Susahnya Siti mahu dapatkan anak. Untuk (Siti) beranak susah dan ada bermacam-macam komplikasi... Siti hidup hari ini adalah satu keajaiban.

"Siti tidak akan beritahu sesiapa, saya akan beritahu hari ini. Siti hampir maut ketika mahu melahirkan Aafiyah," titah Tunku Azizah pada sidang media selepas berkenan merasmikan pembukaan Alhaya Fertility Centre di Hospital Pakar KPJ Damansara 2 di sini, hari ini.

Sementara itu, Siti yang mengakui berdepan saat genting apabila mengalami komplikasi sejurus melahirkan Aafiyah, bersyukur permata hatinya itu lahir dalam keadaan selamat.

"Sejurus bersalin saya pernah alami komplikasi yang tidak pernah dikongsi dengan masyarakat.

"Tunku Azizah tahu lebih awal keadaan saya. Saya dan suami, kita ada cerita mengenai perkara itu. Alhamdulillah, Allah selamatkan saya.

"Saya ambil keputusan untuk buat rawatan yang sama (IVF) untuk anak kedua. Alhamdulillah, semuanya lancar," katanya yang gagal menahan sebak ketika berkongsi mengenai perkara itu.

Siti berkata, dia berdepan cabaran dalam usaha mendapatkan cahaya mata, malah, ada merakamkan detik itu melalui YouTube.

"Semua sudah tahu perjalanan saya. Saya ada rakam dan muatkan di YouTube mengenai perjalanan untuk mendapatkan cahaya mata yang sangat mencabar.

"Bukan sebagai wanita sahaja, tetapi, sebagai hamba Allah. Allah bagi saya bermacam rezeki daripada segi kerjaya dan sebagainya. Allah duga saya daripada segi cahaya mata.

"Saya percaya Allah akan bagi tepat pada masanya, Alhamdulillah, dengan apa saya lalui Allah bagi rezeki ini," katanya.

Selepas Aafiyah, Siti menjalani rawatan IVF untuk anak kedua, Muhammad Afwa yang kini berusia tiga tahun.

Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K pada 21 Ogos 2006.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036246 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list