CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1264|Reply: 2

Tolak jenama pro-Israel tak sekat rezeki Yuna

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Hidup berkelana di bumi asing selama 15 tahun bukan sahaja mendedahkan penyanyi Yuna dengan pelbagai genre muzik, tetapi turut membuka mata terhadap perkembangan fesyen semasa.

Apatah lagi, Yuna seorang yang suka bergaya, sudah semestinya bersikap terbuka terhadap evolusi fesyen terutama yang digayakan golongan selebriti.

Menyifatkan golongan selebriti sebagai pencinta seni, Yuna berpendapat mereka berhak mencuba sesuatu baharu dan kreatif dalam berfesyen, meskipun gaya ditampilkan kelihatan pelik hingga menjadi bahan kecaman masyarakat.

"Ambil contoh seperti penyanyi Aina Abdul. Setiap kali muncul membuat persembahan kita sudah boleh jangka Aina akan tampil dengan sesuatu yang baharu.

"Kita perlukan perkara seperti ini dalam industri. Bila Aina sering tampil dengan imej seperti itu, orang sudah boleh tahu itu adalah identiti dirinya," katanya kepada BH Online.

Mengulas sikap netizen sering menyerang fesyen pelik dan di luar kotak yang sering digayakan Aina, pemilik nama lengkap Yunalis Mat Zara'ai itu berharap, Aina tidak patah semangat dengan komen negatif diberikan.

"Aina seorang yang berani dan fesyen digayakan tetap mempunyai elemen seni. Saya juga ada dengar orang beri komen negatif terhadap penampilannya lain daripada lain.

"Bagi saya, Aina perlu teruskan dengan apa yang dilakukannya dan 'have fun'. Jadilah diri sendiri. Ini bukan perkara baharu kerana saya juga pernah melalui pengalaman sama apabila pemakaian saya dalam mana-mana acara dikritik netizen.

"Orang kita memang suka komen. Ada sahaja benda yang nak dikritik. Tapi sekarang rasanya mereka lebih terbuka," ungkap Yuna,

Dalam pada itu, Yuna turut memberitahu tindakannya menolak untuk bekerjasama dengan jenama pro-Israel tidak pernah menyekat rezekinya dalam bidang seni.

"Alhamdulillah, setakat ini, rezeki saya masih ada dan semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Saya dan suami percaya rezeki Allah yang tentukan.

"Hanya mereka terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin sahaja faham perasaan saya alami.

"Saya sendiri setiap hari melihat video kekejaman berlaku di Palestin. Saya perlu bertegas kerana memiliki ramai peminat dan perlu menunjukkan teladan yang baik.

"Tapi, itu cara saya dan kalau ada selebriti lain yang masih ingin bekerjasama, itu terpulang kepada mereka. Setiap orang ada jalan hidup mereka sendiri.

"Sebelum ini, saya pernah menolak bekerjasama dengan jenama yang saya rasakan tak selari dengan imej seperti syarikat rokok dan alkohol," kata penyanyi yang namanya mula meledak menerusi lagu Dan Sebenarnya ini.



Dalam perkembangan lain, Yuna meluahkan rasa teruja kerana hasrat untuk lebih dekat dengan keluarga tercapai apabila memutuskan kembali menetap di Malaysia selepas lebih sedekad berhijrah ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) demi mengejar cita-cita.

Yuna berkata, meskipun sudah kembali tinggal di Malaysia, namun kerjaya seninya di AS tidak pernah ditinggalkan dan tetap berjalan seperti biasa.

"Insya-Allah, saya dan suami bercadang kembali menetap di Malaysia. Lagipun, ibu bapa sudah semakin berusia, jadi saya ingin lebih dekat dengan mereka.

"Keluarga gembira dan menyambut baik keputusan. Kami pun gembira kerana akhirnya hasrat untuk lebih rapat dengan keluarga dan meluangkan masa bersama tercapai.

"Baru-baru ini, saya berpeluang makan tengah hari bersama keluarga dan biras, Bunga Citra Lestari. Ini kerana kebetulan dia berada di Kuala Lumpur.

"Situasi seperti itulah yang menyeronokkan. Kalau tidak, kami hanya mampu lihat dari jauh sahaja. Sekarang, kami sedang dalam proses mengubah suai rumah untuk kehidupan lebih selesa.

"Kalau ada apa-apa kerja rakaman di AS, biasanya hanya ambil masa selama dua minggu. Tapi, itu bukan masalah kerana kami ada teknologi yang boleh dimanfaatkan.

"Saya akui AS memang tempatnya dari segi kerjaya muzik, tetapi kalau bercakap mengenai kualiti kehidupan, di sini lebih baik," ungkapnya ditemui pada sesi fotografi Kempen Yuna For Abu KLFW24 di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.

Sempena kempen itu, Yuna menggayakan pelbagai koleksi terkini pereka fesyen dan penata gaya terkenal sempena penganjuran Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFW24) antara 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 08:57 AM | Show all posts
Ye keee....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:00 AM | Show all posts
kejap je mendonia kat US of A ya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.102977 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list