CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13648|Reply: 0

[Kedah] Kerajaan rancang bina empat Empangan Sabo

[Copy link]
Post time 30-7-2024 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan rancang bina empat Empangan Sabo


M Hifzuddin Ikhsan[email protected]





AKMAL Nasrullah bersama Mohamad Yusoff@Munir meninjau Projek Pembinaan Empangan Sabo di Titi Hayun, yang siap sepenuhnya, hari ini. FOTO Bernama





Yan: Sejumlah empat Empangan Sabo akan dibina di seluruh negara sebagai persediaan kemungkinan berlakunya bencana banjir lumpur dan aliran puing di kawasan terbabit pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata empat empangan itu akan dibina di Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Katanya, lokasi tepat di mana infrastruktur itu bakal dibina masih dalam proses perbincangan antara pihaknya dan agensi terbabit, namun ia perlu dibangunkan di lokasi kerap berlaku bencana.

"Anggaran kos bagi setiap empangan yang paling murah adalah RM30 juta sehingga ada yang mencecah RM144 juta, semua projek ini dibuat secara berperingkat, maksudnya tahun ini lebih kepada pra pelaksanaan.

"Empat projek ini tidak termasuk di Baling yang diluluskan sebelum ini, susulan kejadian banjir puing Kampung Iboi. Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan terdapat keperluan untuk infrastruktur itu dibina segera bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.





Terdahulu beliau mewakili Kerajaan Persekutuan hadir Majlis Penyerahan Projek Empangan Sabo Titi Hayun kepada Kerajaan Negeri yang diwakili EXCO Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Mohamad Yusuf@Munir Zakaria.

Akmal berkata, projek Empangan Sabo Fasa Satu berkenaan dibina dengan kos RM22.8 juta membabitkan pembinaan dua empangan di Titi Hayun dan di Tupah yang kini siap sepenuhnya.

"Pakej peruntukan ini ada dua fasa termasuk pembinaan dua jambatan, maksudnya bagi fasa satu, Kerajaan Persekutuan bina dua Empangan Sabo di Titi Hayun dan Tupah dahulu.

"Apabila siap dibina kita serahkan kepada kerajaan negeri bagi membolehkan fungsi dan penyelenggaraannya dirancang kerajaan negeri, cuma kita harap kerja itu dilakukan secara berkala," katanya.

Pembinaan Empangan Sabo dibuat bagi menghalang aliran puing dan banjir lumpur menyebabkan kemusnahan teruk terutama kepada penduduk yang tinggal di hilir sungai.



Disiarkan pada: Julai 30, 2024 @ 2:57pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:40 PM GMT+8 , Processed in 1.230824 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list