View: 4924|Reply: 1
|
BF bengang- Tunang pun belum, gadis dah sibuk nak bayar deposit dewan kahwin
[Copy link]
|
|
Merancang, mengurus dan melaksanakan sesebuah majlis perkahwinan memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi setiap pasangan.
Kata orang lebih baik rancang awal supaya tidak kelam-kabut di kemudian hari.
Begitu jugalah bagi pasangan kekasih ini yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan.
Merancang kira-kira setahun lebih awal, wanita ini bersama teman lelakinya mengambil keputusan menempah dewan untuk majlis serta perancang perkahwinan (wedding planner) daripada sekarang.
"Untuk tempah dewan dan wedding planner, jumlah dianggarkan RM23,000. Kami rancang nak bayar deposit sebanyak RM10,000 dulu.
"Bakinya kemudian RM13,000. Jadi tak adalah terbeban sangat kerana sekurang-kurangnya RM10,000 dah selesai," katanya menerusi satu luahan di laman sosial.
Selain majlis perkahwinan, katanya mereka juga perlu memikirkan kos untuk melangsungkan pertunangan yang turut dirancang pada tahun depan.
"Tahun depan pun nak tunang, jadi banyak akan pakai duit. Kenapa tidak selesaikan RM10,000 dulu tahun ni, luak (kurang) la sikit.
Tunang pun belum. Lebih baik buat simpanan asing siap-siap untuk kahwin.
NETIZEN
"Kalau tak jadi kahwin 2026 pun, wedding planner tu kata boleh tunda je," ujarnya.
Namun kata wanita, teman lelakinya pula mempunyai pendapat yang berbeza mengenai rancangan perkahwinan mereka.
Menurutnya, bakal suaminya itu mahu mengumpul keseluruhan kos terlebih dahulu kerana baginya, cara tersebut lebih efisien.
"Teman lelaki aku ni kecoh la nak kumpul bagi cukup RM20,000 baru nak bayar segedebuk (sekali gus), padahal duit banyak je.
"Aku dah kata tahun ni dia bayar la RM7,000 dan aku RM3,000. Tapi itulah masih gaduh dengan dia lagi sebab benda ni," katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan dan reaksi mengenai kemelut yang dihadapi bakal pengantin ini.
"Rancangan tu penting tapi bila terlalu fikirkan benda yang terlalu jauh tu bukan saja beban kewangan, tapi emosi dan minda. Bab kewangan ni masing-masing kena ada satu simpanan dalam tabung.
"Benda belum berlaku, tunang pun belum. Lebih baik awak buat simpanan asing siap-siap untuk kahwin. Tak payah letak deposit kat mana-mana.
"RM10,000 yang nak bayar deposit tu simpan dulu dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera) ke. Nanti nak tunggu tarikh kahwin, dapat lah juga dividen sikit," komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
duit tu beli silver n gold..
in shaa Allah
harga gold n silver akan naik banyak mulai tahun ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|