View: 25251|Reply: 3
|
Tertekan sampai tak mahu hidup, Angelina Jolie pernah terfikir cari pembunuh upahan untuk bunuh dirinya
[Copy link]
|
|
PELAKON Angelina Jolie mendedahkan dia hampir menggunakan khidmat pembunuh upahan bagi menamatkan hayatnya sendiri.
Jolie, 49, memberitahu tindakan luar kawalan itu dibuat disebabkan fasa gelap dilalui sehingga menjejaskan kesihatan mental pada usia 22 tahun.
"Mungkin kedengaran gila, tetapi ada satu ketika saya hampir upah seseorang untuk membunuh saya.
"Ahli keluarga mungkin berfikir mereka tidak cukup menjaga saya sekiranya saya bunuh diri. Jadi lebih baik saya tamatkan nyawa dengan cara dibunuh," katanya.
Pengakuan Jolie itu pastinya mengejutkan banyak pihak namun tidak menolak ia ada kaiatan dengan masalah peribadi yang pernah dikongsikan sebelum ini.
Bagaimanapun Jolie bernasib baik kerana lelaki yang ditemuinya itu masih memberi ruang untuk dia berfikir sebelum membuat keputusan sebegitu.
"Dia seorang lelaki yang baik. Dia minta saya berfikir dahulu dan datang berjumpanya semula selepas dua bulan.
"Selepas itu ada sesuatu yang mengubahkan pemikiran saya," jelasnya.
Sumber : MStar
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Ntah apa probelm sheols masa tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|