CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36807|Reply: 28

‘Saya cantik bukan hendak mengurat orang’

[Copy link]
Post time 2-8-2024 08:10 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Menyangkal dakwaan melakukan pembedahan wajah, pelakon dan pelawak Enot memberitahu perubahan bentuk mukanya berpunca daripada penurunan berat badan.

Enot atau nama lengkapnya Aliza Abdullah, 45, berkata, dia tidak pernah menjalani sebarang proses pembedahan kosmetik untuk menjadi cantik.

“Muka saya kelihatan berubah kerana saya sudah menurunkan berat badan sedikit. Jadi sebab itu muka saya kelihatan sedikit berbeza.

“Jangan cakap saya buat pembedahan kerana saya tidak pernah meletakkan pisau (pembedahan) dekat muka. Dekat perut saja saya letak iaitu masa melahirkan anak,” katanya.

Pelakon filem Cinta Luar Biasa itu memberi reaksi tersebut bagi menjawab pertanyaan seorang pengguna aplikasi TikTok dalam video siaran langsung yang mendakwa bentuk mukanya berbeza berbanding sebelum ini.

Enot bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai proses penuruhan berat badannya itu.

Dalam pada itu, Enot turut mengatakan wajahnya kelihatanberbeza kerana menggunakan penyaring atau filter media sosial.

“Adakah anda baru ke dalam TikTok. Untuk makluman, TikTok menyediakan filter percuma yang boleh digunakan. Saya sudah turunkan berat badan jadi sebab itu muka saya nampak lain,” katanya lagi.

Enot turut memberitahu usaha untuk menurunkan berat badan kerana ingin membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan.

Pelakon drama Odah Drebar itu juga tidak mahu bentuk fizikal yang gempal dijadikan sebagai alasan untuk tidak berani membuat perubahan.

“Saya sekarang ini lebih positif dan memerlukan perubahan. Saya tidak mahu duduk di takuk lama saja. Bukan kerana saya sudah tua, gemuk seperti dahulu jadi saya hanya perlu duduk saja di situ (tiada perubahan). Sebagai manusia kita mesti hendak melalui proses perubahan (ke arah kebaikan) untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa.

“Saya sendiri tidak berubah kerana orang lain. Saya berubah kerana saya tidak mahu jatuh sakit, tidak mahu pinggang saya kena buat pembedahan atau apa-apa.

“Saya cantik bukan untuk pergi mengurat orang atau buat benda bukan-buakan, tetapi saya kena cantik sebab saya ingin buat kemunculan semula,” jelasnya.

Awal Julai lalu Enot pernah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 58 kilogram (kg) iaitu daripada 140 kg kepada 82 kg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cyempaka at 2-8-2024 08:17 PM



Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun sheols selalu nmpk kepam tapi iols suka tgk sheols dalam Helo Jodoh.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kat atas tu ke latest muka dia
adeh acik dah mcm anime tak jadi je
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 09:25 PM | Show all posts
CANTIK ke hanat oi?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu bukan dia kata ada sakit cancer ke..kira survivor la ek, badan maintain dari dulu sihat tembun je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2024 09:41 PM | Show all posts
Betul nampak sama je. Sbb dah kurus dan sbb pakai filter + makeup.
Tp nampak segar dia skrg
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sombong btl jawapan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
jauh panggang dari api,

nasib baik ada filter tik tok
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecantikan tu utk Zack ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
apa yg dia buat?
kecikkan rahang ke filter

satu lagi eh kome2 cikki udah2 le pakai lens rope itu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg kalau org gemuuk berjaya slim muka pun akan ada sikit beza kan. Yela da susut muka leher. Dan kulit pun ikut glowing yg natural la. Dlm pic tu putih merah sbb filter je kut.

Dan aku pun setuju niat nk kurus utk sihat dn cantik. Juga supaya x sakit badan smp susah nk jalan ssh nk berak. Dan bila sakit x susahkan org.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 3-8-2024 07:23 AM
apa yg dia buat?
kecikkan rahang ke filter


Kenapa orang suka pakai lense kaler gitu ye? Tak rasa macam ada katarak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik jujur ckp guna filter.agaknya follower dia je yg kagum & terkejut tgok dia cantik.kadang2 baca komen2 peminat artis ni melampau2 pujian diorg
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 2-8-2024 09:41 PM
Betul nampak sama je. Sbb dah kurus dan sbb pakai filter + makeup.
Tp nampak segar dia skrg

Sheols nmpk fresh masa jadi matchmaker Helo Jodoh. Silap sangkaan iols selama ni tgk dia busuk kepam.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik ke? Mcm bkn kategori itu je



Tp klu melly ni nnpk cntik lain btul dr duly nmpk lbh muda n fresh… mngkin enot ada harapan kut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect replied at 3-8-2024 10:04 AM
Kenapa orang suka pakai lense kaler gitu ye? Tak rasa macam ada katarak ke?

Hahahaha adoyai.. jgn la katarak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
siapa yang kata cantik tu tak tau ker how filter works. Obvious sangat filter 100+...
Maheran macam i... kalau guna max filter pon muka  macam beauty queen...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa source of income dia ek
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 2-8-2024 12:15 PM

Hahahahahahaha...
Terhibur....

Saya cantik...
Cantik ke????

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055751 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list