CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38613|Reply: 1

Disiplin cucuk insulin dan makan ubat, penyakit kencing manis Ako Mustapha semakin stabil

[Copy link]
Post time 2-8-2024 08:20 PM | Show all posts |Read mode


HASIL disiplin mengambil ubat-ubatan serta menjalani gaya hidup sihat, pelakon Ako Mustapha memberitahu penyakit diabetes dihidapinya semakin stabil.

Ako atau Muhaizad Ahmad Mustafa, 52, berkata, berat badannya juga bertambah sebanyak 10 kilogram selepas tubuhnya dilihat kurus kesan daripada penyakit berkenaan yang tidak dikawal dengan baik.

"Alhamdulillah selepas ikut nasihat doktor dan makan ubat-ubatan yang diberikan kesihatan saya semakin stabil.

"Apa doktor suruh buat semua saya ikut. Alhamdulillah berbanding dua tahun lepas, berat badan pun dah bertambah sebanyak 10 kilogram.

"Ramai juga cakap saya nampak lebih 'sihat' berbanding sebelum ini. Alhamdulillah tapi macam risau pula berat naik mendadak pula," katanya kepada mStar.

Dua tahun lalu, Ako pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat tiada kandungan insulin di dalam badan.

Ako mengaku ketika itu dia lebih percaya cakap orang sekeliling dan kaedah tradisional yang kononnya dapat menyembuhkan penyakit kencing manis sehingga menyebabkan kesihatannya lebih memburuk.

Ketika itu ramai hampir tidak mengenalinya kerana fizikalnya yang kurus dipercayai kesan diabetes dihidapinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2024 08:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057401 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list