CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38677|Reply: 2

Jangan kahwin dengan pembuli – Shila Amzah

[Copy link]
Post time 2-8-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah memberi amaran agar tidak sesekali berkahwin dengan individu yang mempunyai sejarah sebagai pembuli.



Menurut Shila atau nama penuhnya Nushahila Amir Amzah, 34, sikap kurang belas kasihan yang ada pada pembuli dikhuatiri akan memberi impak terhadap pasangan pada masa akan datang.

“Jangan sekali-kali bercinta atau berkahwin dengan seseorang yang mempunyai sejarah menjadi pembuli.

“Kekurangan empati dan kekejaman mereka akhirnya akan ‘menggigit’ anda pada masa hadapan,” katanya dalam aplikasi X baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelantun lagu Memori Tercipta itu menyeru agar gejala buli dihentikan kerana memberi impak trauma terhadap mangsa.

“Hentikan budaya buli. Pembuli selalunya akan sentiasa mengalami kesukaran untuk mengingati peristiwa khusus tingkah laku buli mereka terhadap mangsa.

“Sementara, mangsa yang dibuli pula sering mempunyai ingatan yang jelas dan berkekalan tentang kejadian tersebut,” ujarnya.

Shila bagaimanapun tidak menyatakan perkongsiannya itu merujuk kepada kes buli siber atau secara fizikal.

Mengimbau semula, sekitar 2022 Shila pernah mengalami masalah kebimbangan yang melampau atau ‘anxiety disorder’ yang berpunca daripada komen negatif netizen terhadapnya.

Pada 2017, Shila bertindak menutup akaun Twitternya kerana tidak tahan menjadi mangsa buli siber. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
"kita tipi saja tada nampak ka adek manis...kita banyak romantik la..."-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni I sokong. Once pembuli, always pembuli. Even kalau pembuli ni dibawak jumpa psychiatrist or counsellor, dia boleh siap belakon jadi manusia baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.230877 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list