CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18349|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos

[Copy link]
Post time 5-8-2024 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos


Ogos 5, 2024 @ 12:58pm






Jagdeep Singh Deo. - Foto fail BERNAMA



GEORGE TOWN, 5 Ogos (Bernama) – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menyambung cuti sakit hingga Jumaat ini (9 Ogos) bagi rawatan lanjut.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Jagdeep yang sedang bercuti dari 22 Julai lepas telah memberikan maklumat terkini mengenai cuti sakitnya pada Jumaat lepas.

"Beliau memaklumkan bahawa dirinya kini berada dalam keadaan baik. Atas nasihat doktor, beliau telah memohon supaya cutinya dilanjutkan hingga 9 Ogos nanti.

"Maka saya telah bersetuju supaya cutinya dilanjutkan bagi membolehkan Jagdeep meneruskan rawatan diperlukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 22 Julai lepas, Bernama melaporkan Jagdeep mengesahkan beliau bercuti kerana menjalani rawatan buku lali dan menafikan dakwaan kononnya beliau diarahkan bercuti daripada menjalankan tugas pentadbiran negeri.

Jagdeep, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II sejak Ogos tahun lepas.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1280735/jagdeep-sambung-cuti-sakit-hingga-9-ogos






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.292954 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list