CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15919|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengawal keselamatan maut SUV terbabas, ternaik penghadang di Jambatan Kedua Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 5-8-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-8-2024 03:43 PM

Pengawal keselamatan maut SUV terbabas, ternaik penghadang di Jambatan Kedua Pulau Pinang


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 5, 2024 @ 3:08pm  [email protected]







Keadaan SUV yang terbabit kemalangan maut di KM18.2 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba





BAYAN LEPAS: Seorang pengawal keselamatan maut apabila kereta dipandunya terbabas lalu berpusing sehingga ternaik ke atas penghadang laluan di Kilometer (KM) 18.2 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa dikenali sebagai M Guna, 29, yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika mangsa memandu sendirian dari arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung.

Setiba di lokasi kejadian, beliau berkata, kenderaan itu terbabas sehingga berpusing dan ternaik ke atas penghadang laluan motosikal.

"Mangsa kemudian dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan di lokasi.

"Hasil semakan mendapati mangsa memiliki lesen memandu yang sah, namun cukai jalan kenderaan dipandunya sudah tamat tempoh pada Mac lalu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat, manakala sampel darah akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian alkohol dan dadah.

"Kita juga sedang mengesan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan berikutan ada pemandu lori tampil membuat laporan mendakwa mangsa melanggar bahagian belakang kenderaannya sebelum kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohamad Hirman Mat Rodzi, berkata pasukannya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan.

"Pasukan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya ketika dihubungi.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1280804/pengawal-keselamatan-maut-suv-terbabas-ternaik-penghadang-di-jambatan






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.198105 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list