CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9512|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga lelaki ditahan terlibat kes curi kabel

[Copy link]
Post time 5-8-2024 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Tiga lelaki ditahan terlibat kes curi kabel

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

05 Ogos 2024 08:27pm




Tiga lelaki ditangkap selepas terlibat dengan kegiatan mencuri kabel di Jalan Bukit Panchor di sini, pada Ahad. Gambar hiasan




NIBONG TEBAL - Tiga lelaki ditangkap selepas terlibat dengan kegiatan mencuri kabel di Jalan Bukit Panchor di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kesemua suspek ditahan kira-kira jam 4.25 pagi selepas dilihat mencurigakan dalam kenderaan jenis Mitsubishi Triton oleh anggota polis yang sedang melalukan rondaan cegah jenayah.



Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam kenderaan terbabit menemui pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel.

"Hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek yang berusia antara 31 hingga 33 tahun masing-masing memiliki sembilan, 22 dan empat rekod kesalahan lampau membabitkan dadah dan jenayah.


“Ketiga-tiga suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan dan hasil tangkapan telah berjaya menyelesaikan sepuluh kes curi kabel di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan tiga kes di Seberang Perai Selatan (SPS)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Hamzah berkata, kesemua suspek kini direman selama dua hari untuk siasatan lanjut.


Tambahnya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana suspek gagal memberi keterangan terhadap barangan yang dimiliki.


https://www.sinarharian.com.my/article/678746/berita/semasa/tiga-lelaki-ditahan-terlibat-kes-curi-kabel


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.870741 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list