CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3728|Reply: 0

[Perlis] Perlis mahu contohi Pusat AiX rancak transfromasi digital

[Copy link]
Post time 7-8-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-8-2024 03:25 PM

Perlis mahu contohi Pusat AiX rancak transfromasi digital


Aizat Sharif[email protected]











Kangar: Pelancaran Pusat Ai Experience Center (AiX) boleh dijadikan titik permulaan bagi kerajaan Perlis dalam merancakkan transformasi digital menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) di negeri itu.

Exco Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif negeri Wan Zikri Afthar Ishak berkata, kerajaan negeri melihat pelancaran AiX di Petaling Jaya pada 9 Julai lalu memberi pengalaman baru dan pendedahan kepada usahawan untuk pembangunan produk berasaskan teknologi baru untuk pasaran produk.

"Tidak dinafikan, penggunaan teknologi AI memainkan peranan penting dalam membantu usahawan memasarkan perniagaan dan beberapa langkah sedang diambil dan dirancang termasuk latihan dan pendidikan mengenai penggunaan AI dalam pemasaran untuk meningkatkan pengetahuan mereka.

"Selain itu, sokongan teknologi menerusi penyediaan infrastruktur teknologi yang diperlukan seperti akses kepada alat AI dan platform pemasaran digital, bimbingan dan konsultasi dapat membantu usahawan membangunkan strategi pemasaran yang efektif.

"Yang terakhir adalah kerjasama dengan industri, syarikat teknologi dan universiti untuk mengembangkan penyelesaian AI yang disesuaikan dengan keperluan usahawan tempatan," katanya.

Beliau menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Fakhrul Anwar Ismail (PN-Bintong) di Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis ke-15, di sini, hari ini berhubung langkah kerajaan negeri dalam mengambil peluang penggunaan AI di kalangan usahawan untuk memasarkan produk perniagaan mereka.

Katanya, menerusi langkah itu, kerajaan negeri dapat memastikan usahawan tempatan memanfaatkan sepenuhnya teknologi terkini untuk memasarkan produk mereka dengan lebih menarik dan berkesan.

"AiX berfungsi sebagai titik tumpuan untuk kerjasama merentasi industri, memanfaatkan teknologi terkini seperti 5G, Kecerdasan Buatan (AI), Realiti Terluas (XR), Robotik, Analitik, dan Metaverse. "Kemudahan kerjasama ini direka untuk mencetuskan kemajuan teknologi yang pesat dan pertumbuhan syarikat permulaan digital baru, perusahaan dan kemahiran masa depan untuk membina ekosistem inovasi yang berkembang pesat dan mendorong transformasi digital Malaysia," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 7, 2024 @ 2:29pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1119941/perlis-mahu-contohi-pusat-aix-rancak-transfromasi-digital





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.863955 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list